KURSUS TEKNOLOGI DAN DEMONSTRASI DRON PERTANIAN UNTUK TANAMAN NANAS DI SAMARAHAN
27 MAC 2026 | JUMAAT | SAMARAHAN
LPNM Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Teknologi Dron dan Demonstrasi Dron Pertanian bagi tanaman nanas yang bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian.
Pada sesi pagi, peserta telah didedahkan kepada aspek teori berkaitan teknologi dron yang disampaikan oleh En. Mohd Azmi Suhai. Seterusnya, pada sesi petang, peserta mengikuti latihan praktikal melibatkan operasi penerbangan dron yang dikendalikan oleh pihak DJI Fly Zone.
Penganjuran kursus ini berjaya memberi keyakinan kepada peserta bahawa penggunaan dron mampu meningkatkan kecekapan pengurusan ladang di samping menjimatkan masa dan kos operasi.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada para peserta oleh En. Frin bin Ibnaihi, Ketua Pengembangan dan Pembangunan Kapasiti LPNM Negeri Sarawak.
