Logo-BM
MENU

Unit Integriti (UI)

Latar Belakang

Unit Integriti LPNM ditubuhkan pada 1 April 2014 berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013. Model yang ditetapkan oleh SPRM berasaskan tahap risiko dalam sesebuah organisasi iaitu Model C (Organisasi Berisiko Rendah).

Program Integriti merupakan satu program sokongan yang diwujudkan di setiap agensi dan jabatan kerajaan dibawah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6/2013. Pengwujudan program ini adalah sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, Siri no.1 Tahun 2019 - Pemantapan Governans, Intergriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang telah mewajibkan setiap kementerian/jabatan/agensi untuk melaksanakan penilaian risiko rasuah seterusnya membangunkan OACP.

Sejajar dengan usaha ini pada 1 April 2014 LPNM telah menubuhkan Unit Integriti berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013, yang dianggotai seramai 4 orang kakitangan dan diselia oleh Ketua Unit Integriti. Penubuhan Unit Integriti ini adalah bertujuan sebagai usaha kawalan dalaman oleh agensi dan jabatan untuk menguruskan integriti organisasi. Ia juga bertujuan memastikan agar kakitangan LPNM mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh dan sekaligus dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Carta Organisasi
Peranan

FUNGSI TERAS

Terdapat Fungsi 6 teras yang dilaksanakan oleh Unit Integriti iaitu:-

  1. TADBIR URUS
    Fungsi  ini  berperanan  untuk  memastikan  tadbir  urus  terbaik  dapat  dilaksanakan  dalam  usaha  untuk  memperkukuhkan  integriti  pegawai  dan kakitangan agensi serta menangani isu-isu berkaitan Integriti.

  2. PENGUKUHAN INTEGRITI
    Fungsi ini memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti  dalam  organisasi  dapat  dicapai.  Serta  melaksanakan  advokasi pencegahan rasuah kepada warga organisasi

  3. PENGESANAN DAN PENGESAHAN
    Memastikan  ketelusan  dan  kecekapan  dalam  pengurusan  maklumat  dan aduan serta bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima oleh UI dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

  4. PENGURUSAN ADUAN
    Mewujudkan satu sistem pengurusan aduan Unit Integriti yang sistematik bagi  memastikan  tindakan  diambil  ke  atas  setiap  aduan/maklumat mengenai  salahlaku  jenayah  serta  pelanggaran  tatakelakuan  dan  etika organisasi.

  5. PEMATUHAN
    Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa adalah perlu di setiap organisasi bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.

  6. URUSAN TATATERTIB
    Melaksanakan  fungsi  urus  setia  tatatertib  berdasarkan  Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
Act With Integrity (ACeiO)


ASPIRASI PEJUANG INTEGRITI

Buat semua yang dikasihi
Ayuh kita cipta sejarah tersendiri
Bersaksikan bumi bertuah ini
Demi agama, bangsa dan negara yang dicintai
Demi masa depan yang bakal diwarisi
Bersama mengorak langkah di medan bakti
Kita perjuangkan agenda integriti
Martabatkan maruan demi pertiwi

Ayuh bersama terbang lebih tinggi
Dengan setulus ikhlas sesuci hati
Kepentingan peribadi kita tolak ketepi
Kepentingan bersama yang pasti didahului
Dengan berbekalkan nilai dan jatidiri
Bersama suburkan amalan murni
Dengan semangat juang yang tinggi
Bersama perangi rasuah jenayah keji

Ingatlah semua yang dihormati
Rasuah musuh yang sukar dihadapi
Memeranginya memerlukan iltizam yang tinggi
Banyak cabaran yang perlu ditempuhi
Penuh liku, onak dan duri
Dihambur nista, dihamun dan dimaki
Diuji fitnah dan perbagai persepsi
Dugaan hadir mencabar silih berganti
Apatah lagi bila kejayaan menghampiri
Pastinya godaan pula mengusik diri
Bagi menggugat jatidiri dan integriti
Supaya terleka dibuai mimpi
Menahan langkah menjauhi destinasi
Menggagalkan usaha perjuangan suci

Percayalah semua yang dicintai
Pastinya disuatu hari nanti
Apabila integriti berjaya disemai rapi
Tiada lagi ketirisan hasil terjadi
Tiada lagi rintihan menagih simpati
Tiada lagi pergolakan yang dihadapi
Hasil kekayaan bersama dikecapi
Gelombang pembangunan bersama dirasai
Kemelut melanda pulih kembali
Seluruh dunia hormat berdiri
Usaha bersama terus dihargai
Kemakmuran negara sudah pasti

Aktiviti
Bil.TarikhTempat
1.15 Februari 2022Hotel Everly, Putrajaya
2.18 Julai 2022Hotel Tenera, Bangi
3.11 Oktober 2022Hotel Tenera, Bangi

AKTIVITI TAHUN 2022

Tadbir Urus

Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) LPNM.

 

Pengesanan Dan Pengesahan

Mesyuarat Pembentangan Laporan Hasil Siasatan Kes Oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman LPNM.

Bil.TarikhPerkara
1.3 Julai 2022Tatakelakuan Pemalsuan Dokumen Pembekalan Benih Nanas
2.Penyalahgunaan Kuasa Kelulusan Permohonan Bantuan Tanaman Nanas di LPNM Sarawak
3.Tatakelakuan Perolehan Pembekalan Peralatan Nurseri di BPTN Alor Bukit

 

Pematuhan

Menjalankan fungsi pematuhan sepanjang tahun 2022

Bil.TarikhTempat
1.17 Januari 2022Projek Tanaman Nanas Bersepadu, Tanah Abang, Mersing
2.31 Januari 2022Projek Tanaman Nanas Bukit Kechil, Terengganu
3.3 Februari 2022Ladang Qutus Agro Farm, Tangkak
4.23 Februari 2022Pejabat Cawangan Johor-Muar
5.3 Mac 2022Shah Rich Food Processing, Melaka
6.9 Mac 2022RIPI, Kuala Rompin
7.7 Mac 2022RIDA Fruits, CCS F&B Manufacturing, Kilang Memproses Makanan PPNJ, Machap
8.15 Mac 2022Kebun Nanas, Perak
9.21 Mac 2022Kebun Nanas, Negeri Sembilan
10.12 April 2022Projek Tanaman Nanas, Tangkak
11.14 April 2022Kebun Nanas, Negeri Sembilan
12.18 April 2022LPNM Negeri Terengganu
13.11 Mei 2022RIPI, Kuala Rompin
14.18 Mei 2022Kebun Nanas, Tangkak
15.1 Jun 2022LPNM Selangor
16.7 Jun 2022FGV Plantations, Gerik
17.28 – 30 Jun 2022Pelupusan Aset di RIPP, Rompin
18.17 Ogos 2022Quah Ewe Kheng, Idris bin Safie, Mohd Hafiz Hafizal dan PPK Seri Pulau, Pulau Pinang
19.4 September 2022Rawang, Kesang, Tangkak
20.20 September 2022Usahawan Intan Foods, Perak
21.7 November 2022LPNM Selangor
22.10 November 2022Usahawan Lanora Ent., Gemencheh, Negeri Sembilan
23.1 – 2 Disember 2022LPNM Negeri Sarawak

 

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 November 2023 pada 17:10:11

0614766
Total Visit : 614766
Who's Online : 3
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram