Logo-BM
MENU

Unit Audit Dalam

Latar Belakang

Unit Audit Dalam (UAD) telah diwujudkan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pada tahun 2008 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman LPNM dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah LPNM.

Unit Audit Dalam berperanan penting dalam membantu pihak pengurusan LPNM dalam membaiki kelemahan dalam pengurusan wang awam serta menyimpan rekod-rekod kewangan dan perakaunan bagi menentukan peraturan-peraturan kewangan dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi. UAD juga membantu dalam mempertingkatkan sistem pengurusan dan penggunaan sumber kewangan, anggota, harta benda dan lain-lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti/program supaya ianya diurus dengan cekap, berkesan dan berekonomi.

Visi

Berazam menjadikan Unit Audit Dalam sebagai unit yang cekap serta berusaha secara berterusan kearah kecemerlangan untuk mencapai objektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya.

Misi

Meninggikan produktiviti kerja dengan perhatian penuh kepada penghasilan kerja yang berkualiti tinggi di semua peringkat dan pengeluaran laporan audit yang cepat dan tepat.

Objektif
  • Membantu LPNM mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus;
  • Untuk membantu pihak pengurusan atasan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan;
  • Membantu pihak pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
Fungsi
  • Membantu pengurusan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada pekeliling, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;
  • Membantu pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti diurus dengan cekap, berkesan, bersesuaian dan ekonomik;
  • Mengkaji dan menilai sistem-sistem dan prosedur-prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman mencukupi dan berkesan;
  • Mengkaji sama ada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi;
  • Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Membuat pemantauan ke atas perolehan pembelian terus agensi selaras dengan PK 1 hingga PK 8;
  • Membentangkan laporan-laporan Audit kepada Jemaah Lembaga dan Jawatankuasa Audit;
  • Memastikan penyata kewangan belum di audit dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit:
  • Mengemukakan penemuan dan syor Audit kepada auditi melalui laporan-laporan bebas, objektif dan tepat pada masanya demi meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan;
  • Menyusuli laporan dan pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam MAFI;
  • Membentangkan laporan-laporan audit di Mesyuarat Pengurusan;
  • Membuat pemantauan dan pelaksanaan audit/naziran kewangan dan projek-projek pembangunan;
  • Membentangkan dan mendapatkan kelulusan Rancangan Audit Tahunan dan status sasaran kerja tahunan Unit Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit;
  • Menyediakan Laporan Audit Tahunan dan diedarkan kepada Jemaah Lembaga, Jawatankuasa Audit dan pengurusan tertinggi LPNM.

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan :

  • Menjalankan auditan secara adil dan saksama tanpa ‘fear or favour’;
  • Mengeluarkan laporan audit yang bebas, objektif dan tepat pada masanya;
  • Memberi teguran dan cadangan membina ke arah meningkatkan prestasi sistem pengurusan kewangan dan tahap akauntabiliti awam.
Jenis Pengauditan

Unit Audit Dalam Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menjalankan 5 jenis pengauditan seperti berikut :

  1. Pengauditan Prestasi – Auditan Prestasi merupakan penilaian ke atas pelaksanaan program, aktiviti dan projek pembangunan LPNM. Tujuannya adalah untuk menentukan sama ada pihak pengurusan mengurus atau menggunakan sumber seperti wang awam, harta benda, anggota dan ruang pejabat dengan cara yang sempurna, sesuai, cekap, berkesan dan ekonomi serta mencapai objektif program yang ditetapkan.
  2. Pengauditan Pengurusan Kewangan – Auditan Pengurusan Kewangan adalah pendekatan audit bagi menentukan wujudnya kesempurnaan dan keutuhan sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Tujuan auditan ini adalah untuk memastikan semua pembayaran dan penerimaan adalah dibenarkan dan diperakaunkan dengan teratur, hasil dikenakan, dipungut dan diperakaunkan dengan betul serta harta/inventori disimpan, dikawal, di selenggara dan dilupuskan mengikut prosedur sepatutnya. Di samping itu, Audit Pengurusan Kewangan juga menentukan sama ada sistem perakaunan, dokumen dan rekod boleh menghasilkan maklumat yang tepat dan cepat untuk kegunaan pihak pengurusan atasan.
  3. Pengauditan Arahan Khas – Pengauditan ini dijalankan dari semasa ke semasa atas arahan pengurusan.
  4. Pemeriksaan Mengejut – Audit presence atau audit mengejut dijalankan untuk mewujudkan awareness di kalangan auditi bahawa pengurusan sentiasa memantau tahap pematuhan mereka terhadap peraturan kewangan. Program ini tidak melibatkan ujian substantive kerana tempoh masa yang diambil tidak melebihi satu hari bagi setiap PTJ/PK yang disemak.
  5. Pengauditan Susulan – Untuk menilai sama ada tindakan pembetulan telah diambil oleh bahagian/pejabat negeri/unit terhadap perkara yang dibangkitkan semasa pengauditan terdahulu dijalankan. Audit yang dijalankan bagi memastikan setiap isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh Unit Audit Dalam telah diambil tindakan yang sewajarnya oleh auditi yang berkenaan. Audit jenis ini dilakukan dalam jangka masa 1 – 2 tahun selepas pengauditan lengkap yang pertama dibuat.
Struktur Organisasi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menerima Surat Kelulusan Perjawatan Bil. E53 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2013, hasil daripada Penyusunan semula organisasi LPNM di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  (KPIAT).  Kedudukan perjawatan bagi Unit Audit Dalam adalah seperti berikut :

 

Kedudukan Perjawatan Unit Audit Dalam

Jawatan

Gred

Waran

Pinjaman

Isi

Juruaudit

W41/W44

1

-

1

Penolong Juruaudit

W29

1

-

-

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi,

E29

1

1

2

Pembantu Tadbir (Perkeraninan / Operasi)

N19

1

-

1

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

E29

0

2

2

Jumlah

4

3

6

Carta Organisasi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 3 Oktober 2024 pada 09:48:29

Jumlah Pengunjung September 2024 : 5446

Jumlah Pengunjung Sehingga September 2024 : 709402

© 2024 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram