Logo-BM
MENU
Maklumat Am
Carta Organisasi
Gambar Pejabat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) merupakan sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada 15 September 2004 Jemaah Menteri telah bersetuju supaya LPNM dikekalkan sebagai sebuah Badan Berkanun yang bertanggungjawab untuk meraju pembangunan industri nanas Negara dan membatalkan Keputusan pembubaran LPNM yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 29 Mei 1996 dengan kekuatan kapasiti 158 perjawatan.

Selaras dengan perkembangan teknologi pertanian dan keperluan meluaskan tanaman nanas ke atas tanah selain tanah gambut pada tahun 2006 LPNM telah melaksanakan penstrukturan semula perjawatan dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2007 dengan waran perjawatan berjumlah 372 jawatan yang terdiri daripada pelbagai jawatan. Waran perjawatan mula diisi pada bulan Jun 2008 secara berperingkat bertujuan untuk mengembangkan tanaman nanas ke seluruh negeri dengan kaedah membuka pejabat-pejabat negeri.

Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Terengganu telah dirasmikan pada 15 Mac 2011 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1438 hijrah oleh YB Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu. Lokasi Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Terengganu ialah di Kampung Sungai Tong, 21500 Setiu Terengganu dengan keseluruhan Kawasan ladang seluas 25.06 ekar. Ada lapan Daerah di Negeri Terengganu iaitu Daerah Besut, Daerah Setiu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Kuala Terengganu, Daerah Marang, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Dungun dan Daerah Kemaman.

Jumlah kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Terengganu ialah seramai 15 orang termasuk 13 orang pekerja tetap dan 2 orang pekerja Kontrak ( CFS ). Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Terengganu juga memberi khidmat sokongan kepada mana-mana pengusaha yang berminat dalam penanaman nanas dalam memberi pelbagai jenis bantuan seperti input pertanian, benih nanas, infrastruktur ladang, penyediaan kursus dan Latihan serta promosi bagi menggalakan lebih ramai pengusaha menceburi bidang pertanian khususnya penanaman nanas.

Gambar Pejabat : 


Aktiviti tahun 2025

LPNM TERENGGANU @MEDIA SOSIAL

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 26 Jun 2025 pada 14:38:36

Jumlah Pengunjung Mei 2025 : 4865

Jumlah Pengunjung Sehingga Mei 2025 : 749152

© 2025 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram