Logo-BM
MENU
Maklumat Am
Carta Organisasi
Gambar Pejabat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor.
Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Pineapple Information Centre (PIC) MAEPS Serdang terletak di dalam kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) merupakan sebuah pusat semakan maklumat setempat berkenaan dengan industri nanas Malaysia.

Pineapple Information Centre (PIC) mula dibuka pada tahun 2008 menyediakan kemudahan dan maklumat kepada pengunjung yang inginkan informasi berkenaan industri nanas.

Di dalam kawasan PIC juga terdapat tapak plot tanaman nanas seluas 2 ekar yang ditanam dengan pelbagai jenis varieti nanas supaya para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat contoh varieti pokok-pokok nanas yang terdapat di dalam negara serta pelbagai jenis tanaman Bromeliad (nanas hiasan).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Pineapple Information Centre (PIC) terutama semasa berlangsungnya Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA). Antara aktiviti yang dijalankan adalah demo penanaman dan penjagaan nanas di ladang, demo masakan berasaskan nanas oleh chef selebriti, kursus dan seminar, aktiviti mewarna, karavan nanas, jualan buah segar serta produk-produk dari usahawan serta pelbagai aktiviti yang menarik perhatian pengunjung.

Maklumat sedang dikemaskini.

LPNM SELANGOR @MEDIA SOSIAL

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 27 Mac 2025 pada 16:27:07

Jumlah Pengunjung Februari 2025 : 6249

Jumlah Pengunjung Sehingga Februari 2025 : 736993

© 2025 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram