Pada 1 Mac 2010, LPNM mula beroperasi di Sarawak. Lokasi penempatan pertama LPNM di Sarawak ialah di IADA Samarahan. Pada ketika itu, bilangan pegawai permulaan ialah 9 orang. Kawasan operasi LPNM di Sarawak ketika itu hanyalah sekitar Kuching dan Samarahan. Sasaran LPNM Sarawak ialah meluaskan kawasan sebanyak 2,000 ekar dalam masa lima tahun. Namun terdapat halangan terhadap masyarakat mengenai syarat pemohonan bantuan penanaman nanas yang ditetapkan oleh LPNM. Oleh kerana itu, LPNM telah menukar syarat pemohonan iaitu membenarkan pengunaan tanah NCR dan perlu mempunyai surat pelepasan tanggungan.
Pada 1 Februari 2011, LPNM telah membuka cawangan di Saratok bertempat di IADA Kalakar Saribas dan mempunyai pegawai seramai 3 orang. Kawasan jagaan ialah dari Sri Aman hingga Mukah. Pada tahun yang sama, LPNM telah membuka cawangan di Kuching dan telah dijadikan sebagai ibu pejabat LPNM di Sarawak serta mempunyai pegawai seramai 3 orang.
Pada Jun 2016, cawangan LPNM di Saratok ditutup kerana LPNM telah membuka cawangan yang baru di Sibu dan memiliki pegawai seramai 4 orang. Perubahan kawasan jagaan di cawangan Samarahan iaitu kawasan Kuching hingga Betong. Manakala, cawangan Sibu kawasan jagaannya ialah Sarikei hingga Limbang.
Pada Mei 2024, LPNM & Kolej Universiti I-CATS Meterai MoU atas tujuan untuk berkerjasama dalam penyelidikan, pertukaran maklumat dan kemahiran teknikal khususnya berkaitan Industri Nanas Di Sarawak.
Sarawak menduduki tempat kedua di Malaysia dalam jumlah keluasan tanaman nanas yang hampir 3 ribu hektar berkat hasil usaha pegawai-pegawai dan pekebun-pekebun yang komited untuk meluaskan tanaman nanas di Sarawak.
Sehingga kini, tahun 2025, LPNM Sarawak kekal beroperasi di ketiga-tiga cawangan (Kuching, Samarahan dan Sibu) dan mempunyai pertambahan pegawai seramai 23 orang.
Menjelang tahun 2030, Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman nanas di seluruh negeri sehingga menjangkau 20,000 hektar.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Tarikh Kemaskini: 14 Mei 2025 pada 13:36:11
Jumlah Pengunjung Mac 2025 : 3249
Jumlah Pengunjung Sehingga Mac 2025 : 740242