Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Bantuan & Insentif

MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practice)

Objektif
Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar , menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini adalah berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities-Good Agricultural Practices (GAP).


Syarat Pensijilan

Ladang-ladang yang telah mematuhi syarat-syarat berikut layak diberi pertimbangan untuk persijilan :

  1. Kebolehan / Traceability – Mempunyai sistem pengesanan produk.
  2. Penyimpanan rekod dan Audit Dalaman – Mempunyai rekod ladang yang lengkap dan terkini dan melaksanakan Audit Dalaman.
  3. Bahan Tanaman – Bahan tanaman dari varieti yang disyorkan dan bebas penyakit dan tidak menggunakan bahan tanaman jenis GMO.
  4. Rekod Sejarah dan Pengurusan Tapak – Mempunyai rekod sejarah dan pengurusan tapak.
  5. Pengurusan Tanah dan Subtrat – Mempraktikkan teknik tanaman di ladang yang mengurangkan hakisan tanah serta menggunakan subtrat organik bagi penanaman yang tidak menggunakan tanah.
  6. Pengurusan Baja – Penggunaan baja berasaskan keperluan tanaman dan baja dari unsur najis manusia dan khinzir tidak dibenarkan. Mempunyai tempat penyimpanan baja yang sesuai.
  7. Pengairan dan Fertigasi – Tidak menggunakan air buangan (sewage) yang tidak dirawat bagi tujuan pengairan dan pengairan dari sumber air yang mapan (suitable).
  8. Perlindungan Tanaman – Menggunakan racun mahluk perosak, yang didaftarkan di bawah Akta Racun Mahluk Perosak 1974, untuk mengawal perosak dan mengamalkan pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB).
  9. Penuaian – Sistem penuaian yang ersesuaian dan menjaga kebersihan hasil.
  10. Rawatan Pasca Tuai – Rawatan yang sesuai digunakan jika perlu.
  11. Analisis Hasil – Analisis residu racun mahluk perosak bagi hasil dijalankan.
  12. Pengurusan Sisa Ladang – Melibatkan diri dalam program kitar semula atau digunakan semula dengan membuat kompos.
  13. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja – Menjaga kebajikan , keselamatan dan kesihatan pekerja.
  14. Isu-isu Alam Sekitar – Mematuhi perundangan mengenai alam sekitar.
  15. Rekod Aduan – Merekod aduan mengenai produk yang tidak menepati keperluan standard.
  16. Keperluan Perundangan – Aktiviti di ladang mematuhi semua perundangan yang berkuatkuasa di Malaysia.
Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi

TAFSIRAN

 Pekebun Kecil - Sebagai pengusaha-pengusaha nanas yang mengusahakankurang daripada 40 hektar @ 100 ekar;

 Kelompok - (i) Sebagai beberapa orang pengusaha nanas yang mempunyai / mengusahakan tanah berselerakan yang berdekatan / berhampiran, menghimpun diri dalam satu kelompok. (ii) Pengusaha­ pengusaha yang mempunyai / mengusahkan tanah dalam satu plot / kawasan yang sama seperti tanaman kekal / kaum keluarga mereka terlibat dalam industri nanas;

 Vareiti Nanas Bernilai Tinggi - (i) Sebagai satu vareiti yang disahkan dan   diiktiraf LPNM dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi diperingkat domestik dan antarabangsa, (ii) sebagai satu varieti yang disahkan dan diiktiraf LPNM memberi pulangan pendapatan yang signifikan kepada pengusaha-pengusaha.

 

CIRI-CIRI PROJEK

  1. Tanah untuk pelaksanaan projek pembangunan nanas hendaklah sesuai dengan tanaman nanas;
  2. Keluasan tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman nanas sekurang-kurangnya berkeluasan 4 hektar bagi pembangunan tanaman baru varieti MD2 dan lain-lain vareiti yang disahkan oleh LPNM;
  3. Had maksima satu permohonan individu adalah seluas 4.0 hektar, manakala permohonan secara berkelompok adalah seluas 0 hektar;
  4. Had kepadatan maksima bagi tanaman secara tunggal adalah 42,000 sulur/ha, manakala tanaman secara integrasi had minimum sekurang-kurang 20,000 sulur/ha;
  5. Pemilihan bantuan permohonan pembangunan tanaman baru varieti MD2 adalah bagi lot / plot kawasan yang belum pernah menerima bantuan benih MD2 dan bantuan adalah bersifat one-off;
  6. Pemilihan bantuan pembangunan pengukuhan tanaman adalah tertakluk kepada syarat 2 tahun tempoh kewangan bagi satu-satu permohonan bantuan (termasuk peserta yang pernah menerima bantuan program MD2); dan
  7. Penetuan dan penetapan varieti yang bernilai tinggi adalah ditentukan oleh pihak LPNM

 

KRITERIA & KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Taraf milik tanah yang sah (mempunyai hak milik tanah yang sah/surat kebenaran mengguna atau sewa tanah daripada pihak berkuasa negeri atau individu serta institusi awam dan swasta);
  3. Berdaftar dengan LPNM;
  4. Pengusaha sedia ada dan baru; dan
  5. Peserta hendaklah menggunapakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini dan pengurusan tanaman yang disyorkan oleh LPNM

 

JENIS DAN BENTUK GERAN BANTUAN

i. Bahan Tanaman - Perolehan Bekalan Benih Nanas

INSENTIFKADAR BANTUANKADAR SILING
Benih Pelbagai Varieti

42,000 sulur / ha

(Maksimum)

bagi tanaman tunggal

 

20,000 sulur/ha (Minimum)

bagi tanaman Integrasi

i.       Tertakluk kepada nilai pembekalan tender bagi MD2 dan,

ii.       Kadar harga benih LPNM yang ditetapkan.

 

ii. Input Pertanian

INSENTIFKADAR BANTUAN
Input Pertanian

Baja NPK 15:15:15

-     24 beg/ha (50kg/beg)

Baja NPK 12:12:17:2+TE

-     13 beg/ha (50kg/beg)

Jumlah Keperluan per hektar : 37 beg/ha

iii. lnfrastruktur

iv. Khidmat Bimbingan dan Kepakaran Teknikal

 

AKTA DAN PERATURAN

  1. Akta 427, Akta Perindustrian Nanas 1957
  2. Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan untuk Pekebun Nanas 1994 [Pindaan2011]

 

TATACARA PERMOHONAN

  1. Permohonan Untuk Geran Penaman / Penanaman Semula Nanas
  2. Surat Akuan Berkanun
  3. Surat Pelepasan Tanggungan
  4. Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun ( Borang IV)

            Dengan Menyediakan dokumen–dokumen seperti berikut :-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)
  3. Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.

* Permohon bolehlah menghubungi Pejabat Negeri Dan Cawangan LPNM yang berhampiran anda

 

Kebitaraan

TUJUAN

Adalah suatu program di bawah projek Transfromasi Teknologi Dan Pengurusan Tanaman Nanas bagi melaksanakan program tanaman nanas yang melibatkan komuniti setempat seperti Sekolah/Taman Perumahan/Jabatan/Institusi Awam dan Swasta, bagi tujuan modul pembelajaran, promosi, landskap serta pengenalan kepada umum berkenaan pengurusan tanaman nanas.

OBJEKTIF PROJEK

 Meningkatkan kualiti  dan produktiviti hasil pengeluaran nanas negara melalui :

  • Melahirkan pengusaha nanas yang berpengetahuan.
  • Meningkatkan tahap penggunaan teknologi dengan lebih efisien.
  • Meningkatkan pengetahuan penanam nanas dalam bidang teknologi dan keusahawanan pertanian.
  • Penyampaian dan perkongsian ilmu serta teknologi yang terkini.
  • Menarik minat generasi baru untuk menceburi industri nanas.
  • Penyampaian dan pengenalan perkongsian pengurusan tanaman nanas.

KOMPONEN

  • Menyampaikan teknologi pengurusan tanaman nanas dan pembangunan insan termasuk latihan secara “Hands On ” yang lengkap dan terkini kepada penanam nanas sedia ada atau penanam baru yang mengusahakan tanaman nanas melalui Kursus / Seminar / Bengkel / Persidangan / Dialog
  • Lawatan dan Khidmat Nasihat Teknikal
  • Petak pemerhatian dan inovasi

SYARAT -SYARAT PERMOHONAN

Kriteria fizikal

  • Mempunyai tapak Kawasan
  • Kawasan bebas banjir
  • Mempunyai tenaga kerja
  • Mempunyai modal pusingan yang mencukupi
  • Kaedah penanaman dalam polibeg sahaja

Kriteria Permohonan

  • Komuniti setempat (masjid/surau)
  • Sekolah
  • Taman perumahan
  • Jabatan- jabatan kerajaan
  • Institusi Awam dan Swasta

SKOP DAN INSENTIF PROJEK

 Insentif yang diberikan dalam bentuk seperti berikut;

  • Bahan Tanaman (Sulur)
  • Input Pertanian (Polibeg)
  • Peralatan Pertanian
  • Media Tanaman (Top Soil)
  • Kaedah Tanaman Secara Polybeg

* Untuk permohonan, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat LPNM  Negeri  untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kursus Pengurusan dan Teknologi Tanaman Nanas

TUJUAN:

Adalah suatu program di bawah projek Transfromasi Teknologi Dan Pengurusan Tanaman Nanas bagi melaksanakan Kursus Pakej Teknologi dan Pengurusan Tanaman Nanas termasuk hands-on Ladang yang lengkap dan terkini kepada pengusaha nanas sedia ada atau baru yang berminat mengusahakan tanaman nanas.

OBJEKTIF PROJEK

Meningkatkan kualiti  dan produktiviti hasil pengeluaran nanas negara melalui :

  • Melahirkan pengusaha nanas yang berpengetahuan.
  • Meningkatkan tahap penggunaan teknologi dengan lebih efisien.
  • Meningkatkan pengetahuan penanam nanas dalam bidang teknologi dan keusahawanan pertanian.
  • Penyampaian dan perkongsian ilmu serta teknologi yang terkini.
  • Menarik minat generasi baru untuk menceburi industri nanas.
  • Penyampaian dan pengenalan perkongsian pengurusan tanaman nanas.

MODUL KURSUS

Merangkumi tajuk morphologi pokok & persekitaran, pengurusan bahan tanaman (penyediaan, pemilihan pengredan & rawatan benih) & penanaman (peralatan, kaedah & sistem tanaman), pengurusan tanaman (jadual pengurusan tanaman, kawalan rumpai, pembajaan, aruhan pembungaan), pengurusan perosak dan penyakit.  indeks kematangan, penuaian, pengurusan kebun lepas tuai dan pembaikbiakan benih.

KRITERIA DAN KELAYAKAN

KRITERIAKELAYAKAN

 

1.     Jangkaan kursus 3 hari 2 malam

(Semasa tempoh PKP, kursus akan dilaksanakan secara atas talian tertakluk kepada pindaan semasa)

 

1.     Warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas;

 

2.     Berminat dalam aktiviti penanaman nanas;

 

3.     Menjalankan aktiviti pertanian sama ada secara sepenuh masa atau sampingan; dan

 

4.     Sekurang-kurangnya boleh membaca dan menulis

 

 

* Untuk permohonan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengembangan, Bahagian  Pengembangan dan Pembangunan Tanaman (BPPT) atau Pejabat LPNM  Negeri berhampiran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 28 Julai 2021 pada 11:33:59

20618
Hari ini : 432
Bulan ini : 11622
Jumlah Kunjungan : 20618
Who's Online : 6
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram