Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Produk-produk makanan berasaskan nanas

Halwa Nanas

Halwa Nanas adalah hasil daripada nanas yang telah diproses dan diawet dengan menggunakan gula atau bahan pemanis lain seperti glukos, gliserol atau sorbitol. Hasil ini kemudian dikeringkan dan disalut dengan gula halus.

Penghalwaan nanas ialah satu proses yang bermula dengan merendam buah nanas di dalam sirap di mana kandungan gulanya ditambah dalam tempoh tertentu sehingga tepu dengan sempurna.

Kepekatan gula yang tinggi yang telah diserap ke dalam tisu buah akan mencegah dari rosak. Selepas proses penyirapan, buah nanas yang terdapat di dalam sirap yang melebihi 60°Brix perlu dikeluarkan dan dibilas dengan air suam sebelum dikeringkan.

Selepas proses pengeringan dilakukan, halwa ditabur dengan lapisan nipis gula ising.

 

Formulasi Halwa Nanas
BahanKuantiti (gm)
Isi Buah Nanas1.0 kg
Gula750 gm } Permulaan Sirap 35° Bx
800 gm } Gula tambahan
Natrium Metabisulfit (55 ppm)
Asid Sitrik
1.233 gm
4.93 gm } Pekatan Sirap Berikutnya 40° Bx
Gula Ising (3%)4.0 gm

 

Kaedah Membuat Halwa

1.Isi buah nanas dicelur dalam air mendidih selama 1 – 2 minit.
2.Masakkan gula dengan air sehingga mendidih. Kacau sehingga rata supaya gula tersebut larut.
3.Masukkan bahan awet yang telah dilarutkan dalam air suam. (Asid sitrik dan Natrium Metabisulfat perlu dilarutkan dan di masukkan ke dalam sirap secara berasingan) dan kacau.
4.Masukkan nanas yang telah dicelur ke dalam sirap dan pastikan semua buah tenggelam.
5.Naikkan kepekatan sirap setiap hari 10°Bx. Kekalkan kepekatan sirap 60°Bx selama 3 hari.
6.Toskan isi nanas dan keringkan dalam oven pada suhu 40°C – 45°C selama 7 hingga 9 jam.
7.Setelah kering, isi nanas disalut dengan gula halus supaya tidak melekat di antara satu sama lain.

 

Pemprosesan Halwa Nanas 

Anggaran Kos

Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Halwa Nanas

BahanHarga/Unit
(RM/Unit)
Kos Terlibat
(RM)
Isi Nanas(1000 kg = 3000 biji buah nanas)0.30900.0
Gula Ising (4 kg)1.606.40
Natrium (ppm)4.000.24
Metabisulfit (0.06 kg)
Asid Sitrik (4.93 kg)
6.5032.05
Gula (800 kg)1.401,120.00
Jumlah2,058.69

 

1,000 kg Halwa Nanas adalah bersamaan dengan 6,667 paket dengan muatan 150 gm. 

Skuas Nanas

Skuas Nanas adalah minuman ringan yang berasaskan jus atau jus berserta pulpa dengan tahap pH yang rendah iaitu lebih kurang 2.9 – 3.0. Kelikatan produk adalah pekat dan mengandungi gula yang tinggi. Tahap Brix ialah lebih kurang 40°Bx – 50°Bx. Bahan awet digunakan bagi mengawal pembiakan kulat dan yis serta juga berfungsi sebagai penstabil warna skuas semasa di dalam penyimpanan.

Formulasi Skuas Nanas
BahanKuantiti (gm)
 Gula40.000%
 Asid Sitrik0.400%
 Xantham Gum0.250%
 Air19.330%
 Jus Nanas40.000%
 Naterium
Metabisulfit (100 ppm)
0.017%
 Asid Askorbik0.025%

 

Kaedah Membuat Skuas

1.Isi nanas yang telah dihancurkan dimasak ke suhu 90°C – 95°C. Kemudian ianya ditapis untuk mendapat jus nanas.
2.

Asid sitrik (0.4%) ditambah bagi menyelaraskan pH jus nanas. Dengan penurunan pH dapat mengurangkan pertumbuhan kulat, yis dan bakteria semasa penyimpanan. Kemudian dipanaskan.

 

3.Secara berasingan, Xanthum-gum (0.15% – 0.25%) digaul bersama gula supaya rata dan dimasukkan ke dalam jus yang sedang dipanaskan. Kacau hingga semua bahan larut. Xanthum-gum digunakan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan di antara pulpa buah dari larutannya.
4.Panaskan skuas hingga ke suhu 90°C – 95°C selama 4 – 5 minit. Ini adalah untuk membasmi mikroorganisma, yis dan kulat.
5.Sebelum dituang ke dalam botol plastik, skuas disejukkan sedikit.
6.Untuk lebih menarik dan lebih berperisa, bahan pewarna dan perisa nanas boleh ditambah.

 

Pemprosesan Skuas Nanas

 

Anggaran Kos
Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Skuas Nanas

BahanHarga/Unit
(RM/Unit)
Kos Terlibat
(RM)
 Puri Nanas
(400 kg = 1330 biji buah nanas)
0.30399.00
 Gula Ising (400 kg)1.60560.00
 Kanji (17.6 kg)3.6063.36
 Asid Asitik (0.08 kg)6.000.48
 Asid Sitrik (4 kg)6.5026.00
 Natrium Metabisulfat (110 ppm)4.000.44
 Asid Askorbik (0.25 kg)4511.25
 Jumlah 1,060.53

 

Jeruk Nanas

Jeruk Nanas merupakan hasil daripada buah nanas yang telah difermentasikan dan diawet dengan menggunakan garam. Proses fermentasi atau pemeraman adalah satu proses pengawetan makanan dengan menggunakan air garam dalam keadaan terkawal untuk menyekat aktiviti enzim dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma.

Formulasi Sirap Untuk Fermentasi Jeruk Nanas
Bahan Kuantiti (gm)
Jeruk 1 kg
Larutan Garam (12%) Larutan Garam (240 gm) Larutan Air (1,760 ml) 2 liter
Alum 0.40%
Formulasi Menyediakan Sirap (1 kg)
Bahan Kuantiti (gm)
Air 600
Gula 400
Asid Sitrik 7
Alum 2
Naterium Benzoat (700 ppm) 0.7
Kaedah Membuat Jeruk 1. Proses Fermentasi (Penggaraman selama 2 minggu)
(a) Buah nanas dibuang kulit. Kemudian nanas dipotong seperti yang dikehendaki.
(b) Celur selama 1 minit dalam air mendidih dan toskan.
(c) Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam.
(d) Rendam dalam air garam (12% - 10%). Setiap hari tambahkan garam untuk naikkan ke tahap yang ditetapkan dan periksa kemasinan air garam sehingga stabil dengan nisbah 1:2.
(e) Tindih dengan beg plastik yang mengandungi air untuk mengelakkan nanas timbul dan ditutup untuk mewujudkan keadaan tanpa udara atau udara diminimumkan.
2. Proses Mengurangkan Kemasinan dan Kerangupan
(a) Apabila proses perendaman air garam siap (selama 2 minggu), keluarkan nanas dan rendam dalam larutan alum 0.4% dengan nisbah 1:4 selama 4 jam hingga satu malam.
(b) Toskan isi nanas dan bilas bersih.
3. Proses Penyediaan Sirap
(a) Sediakan larutan gula seperti di bawah dan masak hingga mendidih. Kemudian, campurkan dengan asid sitrik (cuka) dan alum (agen perapuh) serta bahan awet. Biarkan ianya sejuk.
(b) Basuh botol dengan air panas untuk membasmi kuman.
(c) Isikan nanas dalam botol dan masukkan air gula (45ºBx – 50ºBx) ke dalam botol (nisbah 1:1). Buang gelembong udara dan tutup dengan rapat
(d) Simpan selama 4 – 5 hari sebelum dipasarkan.
Sos Nanas Manis

Sos Nanas Manis boleh disediakan dengan memasak puri buah nanas, garam, gula dan bahan pemekat bersama-sama air sehingga mendidih.

Untuk menjamin sos yang bermutu, pemilihan bahan perlu dititikberatkan. Buah nanas perlulah segar dan cukup kematangannya. Sos hendaklah dimasak untuk membasmi mikroorganisma yang terdapat di dalam bahan mentah. Masa dan suhu memasak hendaklah dipatuhi untuk mendapatkan warna, kepekatan, mutu yang seragam dan kestabilan sos. Pemprosesan haba yang lama akan menyebabkan sos lebih gelap warnanya.

Semasa mencampur, gam perlu digaulkan terlebih dahulu dengan sebahagian daripada gula yang diperlukan. Gam yang berserbuk halus ini tidak mudah larut bersendirian dalam campuran buah. Dengan mengaulkan gam dengan gula dan masukkan ke dalam campuran buah sedikit demi sedikit sambil dikacau, larutan dikacau dengan mudah tanpa berketul.

Asid Sitrik digunakan untuk menurunkan pH sos sehingga menjadi kurang dari 4.5. Ini adalah penting kerana bahan awet yang digunakan iaitu Natrium Benzoat mempunyai kesan yang maksimum hanya pada pH 4.5 dan ke bawah sahaja.

Sos diisi ke dalam botol semasa ianya masih panas. Ianya bertujuan mengurangkan pencemaran mikroorganisma di samping mendapat keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol agar pertukaran warna di leher botol dapat dikurangkan.

Formulasi Sos Nanas Manis
BahanKuantiti (gm)
Puri Nanas300
Marjerin45
Gula330
Garam7
Kanji Makanan17.6
Xantham Gam0.4
Asid Sitrik7
Air292.5 Liter
Sodium Benzoat0.42 gm (berasaskan jumlah berat di atas)

Kaedah Pemprosesan

1.Buah nanas yang matang dan tidak rosak dipilih. Dibuang kulit, mata dan dijadikan puri.
2.Puri nanas dimasukkan ke dalam periuk masak dan dipanaskan sambil dikacau.
3.Campuran gula, gam dan garam dimasukkan dan campuran dididihkan.
4.Bancuhan kanji pula dimasukkan dan campuran dididihkan sambil dikacau.
5.Masukkan bancuhan asid dan bahan awet dan dididihkan sehingga mencapai 40°Bx.
6.Sos diangkat dan dibotolkan semasa masih panas dan ditutup segera.

Pemprosesan Sos Nanas Manis

Anggaran Kos

Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Sos Nanas Manis.

BahanHarga/Unit
(RM/Unit)
Kos Terlibat
(RM)
Cili Merah (40g - 40kg)
(600 kg = 2000 biji buah nanas)
1.20720.00
Gula (330 kg)1.40462.00
Kanji (17.6kg)5.0088.00
Sodium (600 ppm)
Benzoat (0.343 kg)
17.005.83
Asid Sitrik (7.0 kg)6.0042.00
Xantham-Gam (1.5 kg)40.0060.00
Marjerin3.50157.50
Garam (7 kg)0.503.5
Jumlah Kos 1583.83

1,000 kg Halwa Nanas adalah bersamaan dengan 4,000 paket dengan muatan 250 ml.

Nanas Kering

Buah-buah nanas kering diproses dengan menggunakan alat pengering. Buah nanas ini mengandungi sedikit gula tambahan serta bahan tambahan lain (ascorbic acid) untuk menghalang proses pemerangan buah (browning rection).

Namun begitu, penambahan gula halus adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Ini adalah kerana arah aliran permintaan di negara ini lebih menuju ke arah penggunaan makanan asli serta kurang menggunakan bahan tiruan (sintetik). Ramai pengguna kini mementingkan kesihatan. Justeru itu, penambahan gula halus tidak diperlukan. Hasil ini juga boleh dianggap sebagai makanan berkalori rendah dan mempunyai serat (fibre) yang tinggi.

Kaedah Membuat Nanas Kering
Sos Nanas Bercili

Sos Nanas boleh disediakan dengan memasak puri buah nanas, garam, gula dan bahan pemekat bersama-sama air sehingga mendidih.

Untuk menjamin sos yang bermutu, pemilihan bahan perlu dititikberatkan. Buah nanas perlulah segar dan cukup kematangannya. Cili yang masak merah dapat menghasilkan warna sos yang menarik. Sos hendaklah dimasak untuk membasmi mikroorganisma yang terdapat di dalam bahan mentah. Masa dan suhu memasak hendaklah dipatuhi untuk mendapatkan warna, kepekatan, mutu yang seragam dan kestabilan sos. Pemprosesan haba yang lama akan menyebabkan sos lebih gelap warnanya.

Semasa mencampur, gam perlu digaulkan terlebih dahulu dengan sebahagian daripada gula yang diperlukan. Gam yang berserbuk halus ini tidak mudah larut bersendirian dalam campuran buah. Dengan mengaulkan gam dengan gula dan dimasukkan ke dalam campuran buah sedikit demi sedikit sambil dikacau, larutan dikacau dengan mudah tanpa berketul.

Asid Sitrik digunakan untuk menurunkan pH sos sehingga menjadi kurang dari 4.5. Ini adalah penting kerana bahan awet yang digunakan iaitu Natrium Benzoat mempunyai kesan yang maksimum hanya pada pH 4.5 dan ke bawah sahaja.

Sos diisi ke dalam botol semasa ianya masih panas. Ianya bertujuan mengurangkan pencemaran mikroorganisma di samping mendapat keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol agar pertukaran warna di leher botol dapat dikurangkan.

Formulasi Sos Nanas Bercili
Bahan Kuantiti (gm)
Cili Merah 40
Puri Nanas 600
Gula 346
Garam 25
Bawang Putih 10
Kanji Makanan 20
Gam Makanan 15
Asid Asitik 6
Sodium Benzoat 0.0343 (Berasaskan Jumlah Berat Diatas)
[/su_table]

Kaedah Pemprosesan

[su_table]
1. Buah nanas yang matang dan tidak rosak dipilih. Dibuang kulit, mata dan dijadikan puri.
2. Cili dicuci dan dibuang biji. Bawang putih dibuang kulit. Kedua-dua ini dikisar.
3. Puri nanas, cili dan bawang putih dimasukkan ke dalam periuk masak dan dipanaskan sambil dikacau.
4. Campuran gula, gam dan garam dimasukkan dan campuran serta dididihkan.
5. Bancuhan kanji pula dimasukkan campuran dididihkan sambil dikacau.
6. Masukkan bancuhan asid dan bahan awet dan dididihkan sehingga mencapai 40°Bx.
7. Sos diangkat dan dibotolkan semasa masih panas dan ditutup segera.
Pemprosesan Sos Nanas Bercili Anggaran Kos Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Sos Nanas Bercili.
Bahan Harga/Unit (RM/Unit) Kos Terlibat (RM)
Cili Merah (40g - 40kg) 12.00 480.00
Puri Nanas 0.30 600.00
(600 kg = 2000 biji buah nanas) 1.40 484.00
Gula 0.50 12.50
Garam 3.60 72.00
Kanji Makanan 17.00 5.83
Xantham Gam 6.00 36.00
Asid Sitrik 40.00 60.00
Jumlah 1750.73
1,000kg Sos Nanas Bercili adalah bersamaan dengan 4,000 botol dengan muatan 250ml.
Jem Nanas

Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.

Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk membuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.

Formulasi Untuk Jem Nanas (1 kg Nanas)
Bahan Kuantiti (gm)
Isi Nanas 1 kg
Gula 1.22 kg
Asid Sitrik 4.5 gm
Pektin 11.2 gm
Kaedah Membuat Jem Nanas
1. Buah nanas yang cukup masak dibuang kulit, mata dan empulur. Kemudiannya dibasuh dan dihancurkan.
2. Kemudian isi nanas tersebut dipanaskan perlahan-lahan di dalam kawah.
3. Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.
4. Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat di mana kandungan gula menunjukkan kepekatan mencapai 68ºBx.
5. Setelah itu, asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Jem yang di proses mestilah cukup kandungan asidnya iaitu pH 2.8–3.4.
6. Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set) sebelum dibotolkan.
7. Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran mikroorganisma terhadap jem.
Pemprosesan Jem Nanas Anggaran Kos Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Jem Nanas
Bahan Harga/Unit (RM/Unit) Kos Terlibat (RM)
Puri Nanas (1000 kg = 3000 biji buah nanas) 0.30 900.00
Gula (1220 kg) 1.40 1,708.00
Asid Asitik (4.5 kg) 6.00 27.00
Pektin (11.2 kg) 18.00 201.60
Jumlah 1.5 2,836.60
Bebola Daging Fiber Nanas

Makanan sejuk beku telah mendapat perhatian sejak lama dulu. Kewujudan produk ini banyak memudahkan pengguna yang tidak banyak masa dalam menyediakan makanan-makanan yang diingini. Seiring dengan itu, bebola daging fiber nanas telah dibangunkan bagi memeriahkan lagi produk-produk sejuk beku yang sedia ada di pasaran. Produk baru ini adalah hasilan daging hancur yang dicampurkan dengan fiber atau serat nanas. Seperti yang kita ketahui, serat nanas ini akan dibuang selepas jus nanas diekstrak daripada puri nanas. Selepas serat ini diperolehi, serat akan dikeringkan didalam oven atau alat pengeringan sehingga mencapai tahap yang dikehendaki. Serat yang telah dikeringkan, akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti tepung, daging hancur dan beberapa bahan lain. Kemudiannya, bancuhan daging ini akan dibentuk bebola, direbus separuh masak, dipek dan disejuk bekukan. Bebola daging fiber nanas ini boleh direbus dan digoreng bagi menikmatinya.

Cara Penghasilan
1. Daging diadun bersama garam selama 10-15 minit
2. Masukkan TPP, air batu, dan bahan-bahan lain
3. Bahan diadun hingga sebati selama 10 minit
Fakta Nutrisi
Saiz hidangan: 30g 135 kilo kalori 21g karbohidrat 3g dietary fiber 10g gula 2g protein
Bahan-bahan
Daging yang telah dicincang Garam Gula TPP (Trypolyphosphate) Bawang Putih Lada Hitam Air Batu Serat Nanas
Pinacolama
Pengenalan

PINA COLAMA adalah gubahan nama daripada PINACOLADA. PINACOLADA adalah sejenis minuman yang berasaskan Santan Kelapa, Air Kelapa, Jus Nanas dan juga RUM (alkohol). Nama PINACOLAMA tercipta adalah daripada PINA (PINEAPPLE atau NANAS), COLAMA pula gabungan dari (COCONUT atau KELAPA) manakala MA pula dari singkatan MALAYSIA.

PINA COLAMA yang dihasilkan tidak mengandungi RUM (alkohol) di dalam pemprosesan. Bagaimanapun, dalam penghasilan produk ini untuk menstabilkan asid (Nanas) dan air cepat rosak (Kelapa) asid citric digunakan bagi menstabilkan nilai P.H produk PINACOLAMA.

Minuman ini mempunyai keunikan tersendiri.

Mempunyai rasa lemak dari santan kelapa, kesegaran dari air kelapa dan rasa masam manis dari buah nanas MD2 yang digunakan. Terdapat beberapa variasi minuman PINA COLAMA yang dibangunkan antaranya ialah :-

  1. PINA COLAMA
    • Gabungan Jus Nanas, Santan Kelapa dan Air Kelapa.
  2. PINA COLAMA JUS
    • Gabungan Jus Nanas, Air Kelapa dan Isi Buah Kelapa
    • Gabungan Jus Nanas, Air Kelapa dan Isi Buah Nanas
Kebaikan Khasiat Produk PINACOLAMA

Khasiat Air Kelapa / Santan Kelapa

  1. Mengandungi asid lemak rantaian sederhana.
  2. Mengandungi tahap asid laurik tinggi - membantu menurunkan kolesterol LDL -bagus untuk diabetis
  3. Antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada gangguan radikal bebas serta melambatkan proses penuaan
  4. Vitamin C dan zat besi -meningkatkan sistem kekebalan serta menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah (baik untuk anemia).
  5. Suplemen multivitamin dan multimineral semula jadi mengandungi pelbagai vitamin iaitu E, B1, B3, B5, B6 serta mineral penting seperti folate, selenium, sodium dan kalium.
Khasiat Jus Nanas
  1. Vitamin C yang tinggi - membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.
  2. Kandungan Vitamin B
    • B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus
    • B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.
  3. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.
  4. Enzim Bromelin – perubatan dan kesihatan.
Galeri

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 21 September 2021 pada 12:30:54

0295600
Jumlah Kunjungan : 295600
Who's Online : 4
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram