Logo-BM
MENU

Perundangan Industri Nanas

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM). Sejajar dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perusahaan Nanas 1957 (Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 2000, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dipindahkan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan mengekalkan perananya bagi mengawal dan menyelaras industri berorientasikan pertanian.

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri nanas adalah berpandukan kepada Ordinanan Perusahan Nanas, 1957 di mana beberapa pindaan terhadap Akta dan Peraturan-Peraturan telah dibuat seperti yang berikut;

Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1957

Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini bertanggungjawab dalam pendaftaran pekebun kecil nanas. Peraturan ini adalah berkaitan dengan pembahagian buah-buah nanas ke kilang-kilang berdaftar oleh pekebun keeil berdasarkan pada gred buah yang telah ditetapkan.

Peraturan Perindustri Nanas (Pasaran Eksport), 1959

Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini adalah berperanan bagi mendaftarkan pengeksport-pengeksort di Malaysia. la juga telah mengariskan peraturan untuk pembelian nanas kaleng oleh pekilang-pekilang berdaftar termasuk mengawal harga nanas kaleng pada tahap terendah dari harga pasaran.

Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang), 1959

Peraturan ini telah digubal bagi menjamin kualiti produk-produk nanas yang hendak dieksport dengan menyediakan garis panduan kawalan mutu bermula dari peringkat bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan hingga ke hasilan akhir.

Peraturan Perindustrian Nanas (Ses untuk eksport), 1959

Peraturan ini telah digubal bagi mengariskan pelaksanaan pungutan ses bagi eksport nanas kaleng dari kilang¬kilang nanas berdaftar.

Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Tanam Semula) 1971 Pindaan 1985

Peraturan ini telah digubal bagi membenarkan LPNM memberi bantuan kewangan kepada pekebun. Peraturan ini juga bertanggungjawab dalam pemberian geran bantuan penanaman nanas kepada pengusaha yang hendak mengusahakan tanaman nanas dan bantuan kewangan adalah sejumlah RM 3,500 per hektar bagi tanaman baru dan RM 1,750 per hektar bagi penanaman semula (fungsi ini dijalankan oleh Jabatan pertanian).

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 12 November 2024 pada 08:42:08

Jumlah Pengunjung Oktober 2024 : 5779

Jumlah Pengunjung Sehingga Oktober 2024 : 715181

© 2024 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram