Pejabat LPNM Negeri Pahang, terletak di Lorong Pandan Perdana ½ 25150 Kuantan Pahang. Pejabat LPNM Pahang mula beroperasi pada 1 Mac 2008 di Lot Kedai Taman Indera Sempurna , Jalan Pekan Kuantan Pahang. Mempunyai kakitangan seramai 17 orang termasuk 13 orang pekerja tetap dan 4 orang pekerja Kontrak Mysep.
Pahang adalah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia dan yang paling besar di Semenanjung Malaysia mengikut luas kawasan, dan yang kesembilan paling besar mengikut jumlah penduduk. Negeri Pahang terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, dan hamparan pantai timur hingga ke selatan Endau. Geografinya terletak di rantauan Pantai Timur Malaysia.
Negeri ini dibahagikan kepada 11 daerah – Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera.
LPNM Pahang memberi perkidmatan dalam menguruskan pelaksanaan program-program Penanaman Nanas mengikut Akta/Ordinan,skim dan peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh Jemaah Lembaga dan Pengurusan atasan LPNM di peringkat negeri Pahang.
LPNM Pahang memberi perkidmatan dalam engurus program-program pemindahan teknologi, khidmat sokongan,sistem komunikasi dan pendidikan kepada pengusaha-pengusaha nanas melalui sistem penebangan yang berkesan di peringkat negeri Pahang.
LPNM Pahang memberi perkidmatan dalam membantu merancang dan melaksanakan serta menyelaras program peningkatan pendapatan pengusaha termasuk aktiviti-aktiviti ekonomi dan aktiviti-aktiviti sosial di peringkat negeri Pahang.
LPNM Pahang memberi perkidmatan dalam membantu menentukan segala perangkaan/laporan-laporan dihantar ke ibu pejabat pada masa yang ditetapkan di peringkat negeri Pahang.
LPNM Pahang memberi perkidmatan dalam membantu mengurus aktiviti pentadbiran/kakitangan,kewangan dan perolehan dan pengurusan harta modal di setiap negeri.
ALAMAT SURAT MENYURAT
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PAHANG
LPNM Negeri Pahang
B18, Tingkat 1, Lorong Pandan Perdana 1/2
25150 Kuantan, Pahang
No Telefon : 09-5383264 / 09-5393246
No Faksimili : 09-5383267
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Tarikh Kemaskini: 26 Jun 2025 pada 14:38:36
Jumlah Pengunjung Mei 2025 : 4865
Jumlah Pengunjung Sehingga Mei 2025 : 749152