Logo-BM
MENU

LAMAN AGRO-NANAS SEMPENA MAHA 2022 DARI 4 hingga 14 ogos 2022 di maeps, serdang

Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) diadakan setiap 2 tahun bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang. Kali terakhir MAHA diadakan adalah pada tahun 2018 dan seterusnya ditangguhkan kerana pandemik yang melanda negara. Pada tahun ini, MAHA 2022 diadakan semula bermula pada 4 hingga 14 Ogos 2022.

Bersempena MAHA 2022, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) membawakan Laman Agro-Nanas yang berwajah baru berkonsepkan Taman Bromeliad dan 3D Art Gallery. Pelbagai jenis bromeliad dan nanas ornamental dipersembahkan untuk pengunjung. Bromeliad adalah salah satu tanaman di dalam keluarga nanas. Lazimnya, bromeliad dijadikan sebagai nanas hiasan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana keunikannya.

Sambil menghayati mural 3D di dalam Galeri Nanas, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai informasi berkaitan industri nanas hanya dengan membuat imbasan QR Code yang diletakkan di setiap sudut galeri. Antaranya, informasi berkaitan sejarah nanas, pembangunan tanaman nanas, produk-produk makanan dan bukan makanan nanas, pengeksportan dan pelbagai lagi informasi berkaitan perkhidmatan LPNM.

Turut diadakan pelancaran-pelancaran di Laman Agro-Nanas sepanjang MAHA 2022 berlangsung. Antaranya, Pelancaran Daftar Varieti Nanas baru iaitu Nanas Cobek (AC13) dan Nanas Crystal Honey (14), Pelancaran Medium Cendawan Nanas, Pelancaran Pineapple Night Farming dan lain-lain. Sebelum itu, LPNM turut mengadakan Pelancaran Nanas Intelligence Advisor (NIA) pada 2 Ogos 2022 sebagai pengisian Pra Pelancaran MAHA 2022 di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Pelbagai program dan aktiviti dirangka seperti pertandingan Teka Berat Buah, pertandingan Mewarna Batik, Pineapple Hunt, The Pine Carving dan banyak lagi dengan tawaran hadiah yang menarik. Di samping itu, turut diadakan Demonstrasi Masakan Berasaskan Nanas yang istimewa bersama selebriti terkenal, Raja Azura (Kak Engku) yang dijemput khas. Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional, Live Band, Pertunjukan Fesyen Busana Fabrik Nanas dan lain-lain.

Tidak lupa juga hadiah misteri bagi pengunjung yang bertuah.

Jom datang beramai-ramai ke Laman Agro-Nanas MAHA 2022!!!

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 18 April 2024 pada 16:08:55

0652941
Total Visit : 652941
Who's Online : 24
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram