Logo-BM
MENU

Kluster Pengeluaran Nanas Lestari (KNAL) 

Projek Pembangunan KNAL

Program pembangunan Kluster Pengeluaran Nanas Lestari merupakan program penyusunan semula sektor pekebun kecil secara pengurusan berpusat melalui pendekatan koperasi/kelompok/pertubuhan atau entiti yang berkaitan sebagai mini estet dengan membangunkan tanaman nanas daripada varieti bernilai tinggi untuk pasaran PREMIUM dengan matlamat utama untuk melahirkan pengusaha nanas berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020;

Program ini di adaptasi dari program TKPN yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 2001 yang merupakan satu untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Objektif
  • Mewujudkan zon/kawasan kekal pengeluaran ;
  • Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan;
  • Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman nanas secara komersial;
  • Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan; dan
  • Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sector swasta dalam pengeluaran tanaman nanas
Konsep Pelaksanaan
Model Perniagaan
Komponen Projek

Pembangunan Infrastruktur Asas Ladang

  • Melibatkan pembersihan kawasan, penyediaan kawasan (termasuk pengukuran dan pembahagian lot, penyiasatan tanah), pagar sempadan, perparitan, sistem pengairan, jalan ladang, rumah kediaman untuk peserta, pejabat ladang dan pusat pengumpulan hasil, stor, peralatan kejenteraan pertanian termasuk penyediaan laporan EIA/EMP dan ICT serta kemudahan air dan elektri. Kadar bantuan maksimum adalah RM20,000 sehektar.

Pemberian Insentif Bahan tanaman MD2

  • Pemberian insentif benih (sulur) MD2 kepada peserta individu dan peladang kontrak menggunakan pendekatan sistem pawah. Setiap peserta layak menerima 20,000 sulur per ekar dengan had maksima 10 ekar per peserta. Setiap peserta juga disyaratkan untuk mengembalikan benih pada nisbah 1:1 iaitu setiap satu (1) benih yang disalurkan dan sebanyak 1 benih akan dikembalikan kepada LPNM untuk tempoh yang akan ditentukan.
Ciri-ciri Projek

Skala Individu

(a) Melibatkan peserta perseorangan @ Individu;

(b) Mengusahakan tanah milik LPNM atau tanah pajakan LPNM dengan keluasan ≤ 4.0

hektar;

(c) Memajak atau menyewa tanah milik LPNM atau tanah pajakan LPNM mengikut kadar

yang ditetapkan;

(d) Mengusahakan projek tanaman nanas sahaja dan hendaklah meaplikasikan

teknologi pengurusan ladang mengikut Piawaian Amalan Pertanian Baik (APB); dan

(e) Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh bagi menampung kos operasi dan

pengurusan ladang serta menggajikan pekerja-pekerja ladang;

 

Skala Komersial

(a) Merupakan Syarikat atau 1Kelompok atau 2Koperasi yang akan bertindak sebagai peneraju projek dan

hendaklah melantik individu atau orang perseorangan sebagai 3peladang kontrak;

(b) Mengusahakan tanah milik LPNM atau tanah pajakan LPNM dengan keluasan ≥ 50 hektar;

(c) Memajak atau menyewa tanah milik LPNM atau tanah pajakan LPNM mengikut kadar yang ditetapkan;

(d) Melaksanakan program penanaman nanas melalui penglibatan Peserta KNAL pada nisbah 1:1

daripada keseluruhan kawasan yang di pajak @ sewa dan setiap Peserta KNAL hendaklah

diperuntukkan sekurang-kurang 10 ekar untuk terlibat dalam pengeluaran nanas;

(e) Mempunyai modal pusingan yang mencukupi;

(f) Mempunyai pengurusan dan sumber tenaga yang mencukupi;

(g) Mempunyai pengetahuan asas peladangan dan keutamaan diberikan kepada syarikat yang kukuh dan

berpengalaman dalam bidang pertanian; dan

(h) Memberi jaminan pasaran produk-produk yang dikeluarkan oleh Peserta KNAL

Kriteria dan Kelayakan

(a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;

(b) Pemilikan persendirian @ individu @ syarikat;

(c) Hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan LPNM sebagai penanam nanas

(d) Taraf milik tanah yang sah;

(e) Menyediakan dalam akaun bank sekurang-kurangnya RM20,000 untuk peserta individu

dan RM 100,000.00 bagi Syarikat Peneraju untuk tujuan menyelenggara modal

pusingan; dan

(f) Hendaklah melaksanakan tanaman nanas secara tunggal.

Peserta

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 18 April 2024 pada 16:08:55

0652942
Total Visit : 652942
Who's Online : 27
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram