Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Nama Linda binti Buang
Jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Emel linda@mpib.gov.my
Tel 07-2361211
Faks 07-2365694/5451

 

PERUTUSAN CIO LPNM

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Saya amat berbesar hati dan menaruh harapan yang tinggi agar pelayar laman web LPNM ini dapat memperoleh maklumat yang berguna selari dengan objektif laman web ini di bina iaitu membekalkan informasi kepada semua pihak khususnya yang memegang kepentingan di dalam industri nanas Negara. Dengan demikian, selain memuatkan maklumat berkaitan industri nanas Negara serta fungsi dan peranan LPNM, ia juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan industri nanas sekaligus memberikan pandangan membina kepada LPNM untuk membaiki sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan.

Di zaman serba moden dengan kecanggihan teknologi yang semakin drastik, maklumat bukan sahaja dihujung jari, tetapi maklumat perlulah dapat dicapai dengan pantas, tepat dan berkesan. Bidang pertanian perlu berjalan seiring dengan teknologi agar pengeluaran hasil dapat dikeluarkan dengan lebih produktif serta dapat memenuhi kehendak pasaran semasa diperingkat domestik dan global.

Terma seperti data driven decision making yang dibangkitkan juga menjadi cabaran paling besar kepada semua jabatan dan agensi di bawah MOA untuk berusaha lebih tuntas bagi memastikan maklumat serta data dapat diuruskan dengan sistematik sekaligus mampu menjadi input yang baik dalam membuat keputusan. Dengan demikian, organisasi perlu merangka perancangan bersepadu yang merangkumi polisi, struktur organisasi, aplikasi dan teknologi untuk meningkatkan pengurusan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkat mutu proses membuat keputusan.

Saya yakin laman web LPNM boleh dijadikan saluran komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran awal dan menyampaikan maklumat yang tepat berhubung isu-isu yang timbul khususnya di dalam ruang lingkup industri nanas Negara.

Akhirnya segunung harapan tersemat di dalam jiwa bahawa melalui penggunaan laman web ini, LPNM dapat menyumbang merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian yang akhirnya menjurus kepada pembuatan keputusan yang tepat dan pantas demi memertabatkan sektor pertanian Negara dan industri nanas Negara secara khusus. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang terbit dari kepekaan pengunjung-pengunjung untuk penambahbaikan kandungan laman ini dari masa ke semasa.

Selamat melayari laman web LPNM.

Sekian, wassalam.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 15 September 2021 pada 08:38:27

0292693
Jumlah Kunjungan : 292693
Who's Online : 5
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram