Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah
Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai beg plastik dari kedai membeli belah:
- Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
- Lebih kurang 60 – 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
- Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga.
- Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
- Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
- Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
- Hanya 1% dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
- Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
- Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
- Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita. Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
- Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.