- Meningkatkan nilai eksport produk nanas daripada RM 100 juta kepada RM 700 juta menjelang 2010.
- Menjadikan Malaysia di antara 5 pengeluar nanas utama dunia.
- Menjadikan nanas sebagai produk pilihan utama Malaysia bagi mengurangkan 75% bil import nanas dan produk nanas negara dengan meningkatkan indeks penggunaan nanas sebanyak 5kg/orang/tahun.
- Membangunkan kawasan baru tanaman nanas dengan memberi tumpuan khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan yang terdapat di dalam sistem pembekalan nanas.
- Menjalankan R&D (aktiviti-aktiviti hiliran) untuk meningkatkan industri nanas.
- Menentukan kualiti produk dan keselamatan makanan yang berasaskan nanas untuk memperkukuhkan daya saing pengeluaran nanas Malaysia.