Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Iklan Permohonan Geran Membina dan Menaiktaraf Infrastruktur Serta Kualiti Perkhidmatan Di Pusat Agropelancongan Bagi Tahun 2022 - Tutup 26 Disember 2021

Untuk makluman, pihak MAFI telah membuka permohonan geran bagi cadangan projek membina dan menaiktaraf infrastruktur serta kualiti perkhidmatan di pusat agropelancongan. Program ini terdiri daripada dua (2) kategori milikan pusat agropelancongan iaitu :

a) Pusat agropelancongan dibawah pemilikan Jabatan/Agensi;

b) Pusat agropelancongan yang diusahakan oleh golongan sasar yang terdiri daripada peladang, penternak, nelayan dan industri asas tani & kraftangan

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pemasaran dan Industri Asas Tani (BPIAT) memohon tuan/puan mengemukakan cadangan bagi permohonan projek baru bagi tahun 2022 yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai pusat agropelancongan dibawah LPNM selewat-lewatnya pada 26 Disember 2021. Permohonan cadangan ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Teknikal peringkat LPNM sebelum diangkat kepada pihak Bahagian Industri Makanan, MAFI.

Bersama-sama ini dilampirkan format bagi Kategori A iaitu pusat agropelancongan milikan Jabatan/Agensi (Lampiran A) dan kategori B iaitu pusat agropelancongan yang diusahakan golongan sasar yang terdiri daripada peladang, penternak, nelayan dan industri asas tani & kraftangan (Lampiran B).

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan pegawai kami En. Muhamad Hafidz bin Zainal Abidin di talian 012-2665648. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan didalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Lampiran Terma Permohonan Projek Agropelancongan

Lampiran B

Malaysian Pineapple Industry Board
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Hotline : 07-236 1211 / 07-236 1012
Fax No : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Best view in Chrome version, Mozilla Firefox and Internet Explorer 11 and above

Last update: 15 December 2021 at 19:55:00

0347771
Total Visit : 347771
Who's Online : 10
© 2021 Malaysian Pineapple Industry Board
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram