Objektif
Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar , menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini adalah berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities-Good Agricultural Practices (GAP).
Syarat Pensijilan
Ladang-ladang yang telah mematuhi syarat-syarat berikut layak diberi pertimbangan untuk persijilan :
- Kebolehan / Traceability – Mempunyai sistem pengesanan produk.
- Penyimpanan rekod dan Audit Dalaman – Mempunyai rekod ladang yang lengkap dan terkini dan melaksanakan Audit Dalaman.
- Bahan Tanaman – Bahan tanaman dari varieti yang disyorkan dan bebas penyakit dan tidak menggunakan bahan tanaman jenis GMO.
- Rekod Sejarah dan Pengurusan Tapak – Mempunyai rekod sejarah dan pengurusan tapak.
- Pengurusan Tanah dan Subtrat – Mempraktikkan teknik tanaman di ladang yang mengurangkan hakisan tanah serta menggunakan subtrat organik bagi penanaman yang tidak menggunakan tanah.
- Pengurusan Baja – Penggunaan baja berasaskan keperluan tanaman dan baja dari unsur najis manusia dan khinzir tidak dibenarkan. Mempunyai tempat penyimpanan baja yang sesuai.
- Pengairan dan Fertigasi – Tidak menggunakan air buangan (sewage) yang tidak dirawat bagi tujuan pengairan dan pengairan dari sumber air yang mapan (suitable).
- Perlindungan Tanaman – Menggunakan racun mahluk perosak, yang didaftarkan di bawah Akta Racun Mahluk Perosak 1974, untuk mengawal perosak dan mengamalkan pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB).
- Penuaian – Sistem penuaian yang ersesuaian dan menjaga kebersihan hasil.
- Rawatan Pasca Tuai – Rawatan yang sesuai digunakan jika perlu.
- Analisis Hasil – Analisis residu racun mahluk perosak bagi hasil dijalankan.
- Pengurusan Sisa Ladang – Melibatkan diri dalam program kitar semula atau digunakan semula dengan membuat kompos.
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerja – Menjaga kebajikan , keselamatan dan kesihatan pekerja.
- Isu-isu Alam Sekitar – Mematuhi perundangan mengenai alam sekitar.
- Rekod Aduan – Merekod aduan mengenai produk yang tidak menepati keperluan standard.
- Keperluan Perundangan – Aktiviti di ladang mematuhi semua perundangan yang berkuatkuasa di Malaysia.