Bahagian telah ditukar nama daripada Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat kepada Bahagian Perancangan Strategik. Fungsi utama bahagian ini adalah melibatkan penyelarasan dasar, pengurusan bajet pembangunan, penyediaan perancangan jangka pendek dan panjang, menyelaras dan memohon peruntukan pembangunan tahunan, pemantauan pelaksanaan projek-projek LPNM serta aktiviti kajian sosio ekonomi dan pembangunan.
Bahagian Perancangan Strategik juga bertindak sebagai penyelaras dan penghubung berkaitan program / aktiviti antara LPNM dengan pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.