LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah dipertanggungjawabkan dalam mengawal kualiti produk-produk keluaran industri dan memberi jaminan kepada “safety” produk-produk keluaran industri sama ada dalam bentuk yang telah diproses semi-proses atau segar.Ia meliputi aktiviti Makmal Kawalan Mutu yang telah diwujudkan semejak tahun 1957 dangan penubuhan Makmal Penggredan, di ikuti Makmal Mikrobiologi pada tahun 1992 yang terletak di bangunan lama LPNM iaitu Wisma SBBU. Pada tahun 1997 Makamal Kemia pula telah diwujudkan seirigan dengan penambahan skop aktiviti iaitu pembangunan dan penyelidikan produk-produk berasaskan nanas.Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan, Makmal Kawalan Mutu telah berjaya mendapatkan pengiktirafan MS ISO 1900:2000 untuk 3 tahun berturut-turut iaitu 1999 hingga 2001. Kini Makmal Kawalan Mutu juga dalam proses untuk memdapatkan persijilan akreditasi MS ISO 17025:2005 bagi meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap perakuan sijil-sijil kualiti yang dikeluarkan disamping penambahbaikan kualiti perkhidmatan.
VISI
Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.
MISI
Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.
MOTO
“Komitmen Asas Kualiti”
KUALITI POLISI
Komited bagi memberi perkhidmatan pengujian pengesahan bagi produk keluaran industri nanas Malaysia yang memenuhi keperluan bertaraf antarabangsa.
CARTA ORGANISASI
OBJEKTIF KORPORAT
Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.
OBJEKTIF UMUM
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan sifar.
OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Bagi memastikan matlamat kualiti polisi tercapai, Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang boleh membantu dalam merealisasikan objektif-objektif berikut :-
- Menyediakan perkhidmatan yang profesional bagi penyujian nanas dan produk nanas yang memenuhi keperluan, kegunaan dan tujuannya.
- Menjalankan analisis yang profesional dan berkualiti.
- Menjalankan analisis makmal yang memenuhi keperluan standard.
- Memenuhi keperluan perundangan dan keperluan kemasyarakatan.
- Meningkatkan keupayaan perkhidmatan menerusi latihan berterusan kepada anggota kerja dan memastikan sistem pengurusan kualiti difahami dan dilaksanakan.
- Komited untuk mematuhi standard MS ISO/ IEC 17025:2005 dan membuat peningkatan berterusan.