Bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program pembangunan sektor pekebun kecil dan program sokongan industri di bawah Rancangan Lima Tahun Malaysia. Melaksanakan program-program kawalan mutu yang berkaitan dengan industri nanas yang meliputi aspek pengeluaran buah, pemprosesan dan hasilan nanas bagi menjamin kualiti pengeluaran mengikut spesifikasi-spesifikasi dan codex alimentarius dengan perlaksanaan program kawalan mutu melalui:
- Penubuhan program kawalan mutu pertama (QCC) dengan kilang
- Pemeriksaan untuk nanas kaleng di makmal
- Penubuhan makmal grading, mikrobiologi dan makmal kimia
- Pelaksanaan sistem ISO 9002
- Menjalankan kegiatan pendaftaran yang diperuntukkan di bawah Akta Perindustrian Nanas
- Pendaftaran kilang
- Pendaftaran pengangkut
- Pendaftaran penanam-penanam nanas
- Pendaftaran pengeksport
- Pengeluaran permit eksport nanas kaleng dan nanas segar
- Penetapan harga buah nanas, jenis kaleng yang dihantar ke kilang