Logo-BM
MENU

AGROPELANCONGAN

Pengenalan

Agropelancongan merupakan aktiviti pelancongan berkaitan sektor pertanian, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Fokus agropelancongan di Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas dikenali sebagai Taman Agroteknologi Nanas adalah lawatan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian khususnya tanaman nanas di tanah gambut. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung adalah:-

  1. Lawatan ke ladang nanas
  2. Memperkenalkan petak janaplasma sebagai plot pengumpulan pelbagai varieti nanas yang ada di dunia
  3. Hands on tanaman nanas
  4. Hands on pembiakan benih nanas melalui teknik penyukuan
  5. Uji rasa buah nanas
  6. Demostrasi penghasilan kertas dan benang nanas daripada daun nanas
  7. Lawatan ke galeri nanas dan kiosk produk berasaskan nanas

Objektif

Objektif Program Agropelancongan adalah:-

  1. Menarik minat pengunjung dalam industri nanas
  2. Memperkenalkan pelbagai varieti nanas segar dan ornamental yang ada di dunia
  3. Mempromosikan produk-produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan nanas
  4. Menyampaikan maklumat berkaitan industri nanas kepada pengunjung
  5. Memperkenalkan Taman Agroteknologi Nanas kepada orang ramai
  6. Menyediakan aktiviti yang menarik untuk pengunjung

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman dalam bidang pertanian khususnya tanaman nanas.

Konsep Pelaksanaan

Mewujudkan pengurusan Agro-Pelancongan yang cekap
LPNM akan memperkukuhkan struktur organisasi Agro-Pelancongan supaya pengurusan Agro-Teknologi Nanas dapat dilaksanakan dengan cekap dan berfokus ke arah self-financing agar Pusat Agro-Teknologi Nanas dapat diselenggara dengan baik dan sentiasa releven seiring perkembangan teknologi semasa;

Mewujudkan jalinan Strategic Partnership
Ini adalah salah satu usaha LPNM untuk memaksimumkan (unlocked) nilai strategik bagi aset-aset LPNM dalam menjana hasil melalui perkongsian pintar dengan pihak swasta, disamping dapat menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat-syarikat yang terlibat bagi membangun dan menguruskan Projek Agro-Pelancongan seiring dengan hasrat dan wawasan Kerajaan.

Lokasi
QR Kod Destinasi Agropelancongan

Daya Tarikan Aktiviti

Sorotan Aktiviti

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 3 Oktober 2024 pada 09:48:29

Jumlah Pengunjung September 2024 : 5446

Jumlah Pengunjung Sehingga September 2024 : 709402

© 2024 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram