OBJEKTIF UNIT
Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di peringkat LPNM dengan memberi perkhidmatan pemprosesan data, mengkomputerkan proses kerja, menggalak dan menyokong penggunaan teknologi komputer, latihan penggunaan perisian dan memberi khidmat nasihat pengkomputeran.
Menyelenggara sistem aplikasi pengkomputeran, perkakasan, perisian, kerosakan, keperluan serta persekitaran ICT yang diperlukan oleh kakitangan LPNM.
Visi
Memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang cekap, berkesan dan berkualiti selaras dengan visi LPNM
Misi
Menjadi unit yang progresif, dinamik dan komited dalam usaha mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam melakukan tugas harian di LPNM