header
Unit Audit Dalam
1.0 PENDAHULUAN
     

1.1 PENUBUHAN UNIT AUDIT DALAM
     

  Unit Audit Dalam ( UAD ) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ( LPNM ) telah diwujudkan pada tahun 2008 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 tahun 2004. Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman LPNM dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah LPNM.


  Unit Audit Dalam memainkan peranan penting membantu pihak pengurusan bukan sahaja dalam membaiki kelemahan-kelemahan dalam pengurusan wang awam serta menyimpan rekod-rekod kewangan dan perakaunan bagi menentukan peraturan-peraturan kewangan dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi tetapi juga membantu dalam mempertingkan pengurusan dan penggunaan sumber-sumber kewangan, kakitangan, harta benda dan lain-lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti/program supaya ianya diurus dengan cekap, berkesan dan berekonomi.


1.2 VISI UNIT AUDIT DALAM
     

  Berazam menjadikan Unit Audit Dalam sebagai Unit yang cekap serta berusaha secara berterusan ke arah kecemerlangan untuk mencapai objektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya.

  1.3 MISI UNIT AUDIT DALAM
     

  Meninggikan produktiviti kerja dengan perhatian penuh kepada penghasilan kerja yang berkualiti tinggi di semua peringkat dan pengeluaran laporan audit yang cepat dan tepat.


1.4 PERJAWATAN DAN ORGANISASI
     

 
Perjawatan Unit Audit Dalam
  Perjawatan yang telah diluluskan terdiri daripada 2 perjawatan audit dan 1 perjawatan gunasama. Pada 2-8-2010, seorang pegawai berjawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27) telah dipinjamkan ke Unit Audit Dalam bagi membantu kerja-kerja pengauditan. Butiran kedudukan perjawatan terkini adalah seperti berikut:
 
  JADUAL 1 :  KEDUDUKAN PERJAWATAN UNIT AUDIT DALAM
   
 
Jawatan/Gred Lulus Diisi
Juruaudit (W41) 1 1
Penolong Juruaudit (W27) 1 1
Pembantu Tadbir 1 1
Jawatan/Gred yang dipinjamkan  
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27) 1 1
Jumlah 4 4
   
Organisasi Unit Audit Dalam
   
  CARTA 1 : STRUKTUR ORGANISASI UNIT AUDIT DALAM
   Carta organisasi Unit Audit
   
   
     

Halaman: 1  2  3  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya