header
Stew & Sup

Sup Nanas Berkrim

Bahan-bahan

500 gm ketulan nanas
2 camb tepung gandum
2 camb mentega
1 camb pes tomato
1 biji bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih dihiris
4 tangkai daun ketumbar
1 peket pes tom yam
1 camb stok ayam
2 camb krim segar atau susu ideal
Garam gula dan serbuk lada sulah secukup rasa

Bahan hiasan sup

1 cawan ketulan dadu kecil nanas yang telah di celur
200 gm isi udang yang telah di celur
2 tangkai petikan daun ketumbar

Cara membuatnya:

- Cairkan mentega dengan api yang kecil, tumis bawang besar dan putih sehingga layu, masukan tepung gandum, pes tomato, pes tom yam, daun ketumbar dan tumis sampai masak.

- Masukan air dan nanas, didihkan sampai nanas lembut.

- Masukan stok pekat ayam, garam dan serbuk lada sulah.

- Padamkan api dan sejukan sup sebelum di kisar.

- Kisar sup sampai halus, masukan ke dalam periuk dan didihkan semula, masukan krim segar kacau dan padamkan api.

- Hidangkan bersama bahan hiasan sup.

Resepi Oleh:
Chef Ismail


 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya