Berita dan Peristiwa | | Projek Sampingan Gabung Tanaman Nanas dan Kelapa Sawit Sehingga kini, sebanyak 340,000 pelbagai jenis nanas memenuhi kebun Saroji yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pengusaha kelapa sawit. Bagi tanaman kelapa sawit, sebanyak 60 pokok dapat ditanam pada keluasan sama. "Ini bermakna, dalam tempoh awal pertumbuhan kelapa sawit, batas dan ruang kosong antara pokok dapat diisi dengan tanaman nanas. Sepanjang tempoh pembesaran pokok kelapa sawit, penanaman nanas dapat diusahakan sebanyak tiga kali di batas-batas berkenaan," ujarnya. Sehingga kini, terdapat 123,000 nanas jenis n36 diusahakan Saroji selain Josapine (13,000), nanas Sarawak(15,000), dan Morris(189,000). Menurut Saroji, nanas tidak memerlukan penjagaan rapi seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dalam tempoh setahun ditanam hingga dapat dituai, setiap pokok nanas memerlukan hanya 60 kilogram campuran baja organik, kapur, urea dan 'tenusi'. Selepas umur pokok mencapai dua bulan, ia hendaklah disembur dengan baja semburan mengandungi bahan seperti zink sulfat dan ferum sulfat untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Sebulan selepas itu, pokok nanas perlu dibaja dengan menggunakan baja sebatian atau campuran nanas untuk pertumbuhan akar dan pokok. Kaedah itu peru diulang pada umur pokok enam dan sembilan bulan. Pada bulan ke-10, pokok nanas perlu ditambah hormon(penggalak bunga) bagi menggalakkan pengeluaran bunga secara seragam dan seterusnya penghasilan buah secara serentak. Umumnya, nanas merupakan jenis tumbuhan yang lasak yang dapat bertahan walaupun tidak disiram dalam tempoh sebulan. "Ancaman utama di kawasan ini adalah monyet yang sering merosakkan buah nanas sebelum ia cukup masak untuk dikutip," jelasnya. Menurut Saroji, tips paling penting dalam menjamin kualiti nanas seperti rasa manis adalah elakkan penanamannya di kawasan terlindung. Ini bermakna, selepas kelapa sawit atau pisang tumbuh tinggi, penanaman nanas adalah tidak digalakkan. Jarak penanaman yang sesuai adalah 90 sentimeter (cm) x 60cm x 30cm, yang mana 90cm adalah jarak diantara batas tanaman, 60cm adalah jarak diantara lorong, dan 30cm adalah jarak diantara tanaman. Lubang yang digali untuk menanam anak pokok nanas adalah sedalam 7.5cm. Daripada empat jenis nanas yang ditanam, Nanas Sarawak memerlukan lebih penjagaan dan pemerhatian. "Nanas Sarawak lebih 'manja' dan tempoh tuaian adalah kira-kira satu setengah tahun," jelasnya.
| |