Muncul sebagai Pusat rujukan utama Model Pembangunan Industri Nanas atas tanah gambut di peringkat Global yang mempunyai rantaian industri yang sempurna dari teknologi penanaman, lepas-tuai, pemprosesan industri huluan dan hiliran sehingga industri pelancongan tani.
Berperanan memberikan sumbangan dan sokongan kepada pembangunan industri nanas khususnya aktiviti semaian benih, sebagai rujukan teknologi dan petak ujian/ demonstrasi berkaitan kegunaan bahan-bahan input pertanian dan verifikasi baka nanas.
| | | 1. | Sebagai tempat rujukan atau Transfer Of Technology (TOT) kepada pelabur, pengusaha tanaman nanas, agensi-agensi kerajaan, parawasita/ pelancong dan pelajar IPTA/IPTS dari segi teknologi dan teknikal penanaman nanas terutamanya diatas tanah gambut.
|
| | | 2. | Untuk memenuhi permintaan dan keperluan benih nanas untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia. Baka nanas yang dibekalkan masa kini adalah N36 dan Josapine dan baka-baka yang berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara seperti Maspine.
|
| | | 3. | Sebagai lokasi petak pengamatan tanaman nanas atau petak percubaan/ demonstrasi yang berkonsepkan perkongsian pintar dengan pihak penyelidik berkaitan kajian teknologi penanaman, model penanaman, penambahbaikan baka, penggunaan input pertanian baru dan sebagainya.
|
| | | 4. | Mewujudkan pusat pengumpulan pelbagai variety nanas (Petak Janaplasma) dan petak verifikasi baka nanas dari wilayah serantau dan seluruh dunia.
|
| | | 5. | Mewujudkan pasukan yang khusus membuat pembiakan tisu kultur dengan kerjasama bahagian Merinyu untuk menambahkan kepelbagaian nanas.
|
| | | 6. | Sebagai pusat penghasilan baja Bio-Organik dari sisa nanas yang terunggul.
|
| | | 7. | Sebagai Pusat Agro-Tourism berasaskan nanas yang mempunyai lingkaran pelancongan (tourism belt) yang menarik dan bernilai kormersial. Produk-produk Agro-Tourism yang telah dikenalpasti termasuk homestay, muzium nanas, IKS nanas, jungle tracking, mountain bike dan sebagainya. |
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah :-
| | | (a) | Pembiakan Benih |
| | | (b) | Pemerhatian Teknologi |
| | | (c) | Ladang Kormersial |
| | | (d) | Petak Verifikasi dan Janaplasma |
| | | (e) | Pusat rujukan teknologi tanaman nanas |
| | | (f) | Pusat latihan teknologi nanas Malaysia |
| | | (g) | Ladang Promosi |
| | | (h) | Agrotourism Nanas |
| | | (i) | Infrastruktur Ladang |
| | | (j) | Nursery nanas hiasan dan pokok hiasan |