header
Projek Pembangunan Industri Asas Tani

Program yang dilaksanakan oleh LPNM ini merupakan suatu pendekatan mewujudkan seramai mungkin usahawan selaras dengan Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

1. Program Mini Kilang

    1. 
Dibangunkan bagi menyalurkan teknologi pembuatan dan pembungkusan produk-produk berasaskan nanas kepada usahawan dan bakal usahawan.

  2. 
Menyediakan kemudahan dalam pengeluaran dan penghasilan produk bagi tujuan promosi.

  3. 
Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
(a) Latihan Praktikal kepada usahawan
(b) Khidmat pembungkusan produk

 

2. Program Satelit Inkubator

    1. 
Proses pengujudan usahawan berasaskan teknologi dengan penggunaan nanas sebagai bahan utama.

  2.
Dilaksanakan samada melalui konsep kelompok yang terdiri dari penanam-penanam nanas atau individu yang berkeupayaan dan menepati syarat-syarat tertentu.

  3.
Usahawan yang terpilih akan ditempatkan di Inkubator ini dalam suatu jangka masa tertentu dan sepanjang berada di Inkubator, usahawan yang terlibat akan diberi bimbingan dan bantuan tertentu.

  4.
Sepanjang RMK9, sebanyak 5 Inkubator akan dibina iaitu di Johor, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.

  5.
Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
(a) 
Menyediakan infrastruktur asas seperti tanah, bangunan dan peralatan
(b) 
Membantu dalam menyediakan beberapa saluran pasaran
(c) 
Membantu usahawan dalam mendapatkan kemudahan kredit daripada lain-lain agensi kerajaan dan institusi kewangan

 

Halaman: 1  2  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya