"Kami mempunyai komitmen untuk memberi perkhidmatan dengan penuh kemesraan, prihatin, amanah, cekap dan menepati masa"
Kami berjanji untuk :
| | 1. | | Memberi kelulusan ke atas permohonan lengkap Skim Geran Bantuan Penanaman Nanas dalam tempoh tiga (3) minggu. |
| | 2. | | Memberi kelulusan ke atas permohonan lengkap pendaftaran sebagai Penanaman Nanas dalam tempoh tujuh (7) hari. |
| | 3. | | Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai pekilang nanas dan pekilang kecil nanas dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
| | 4. | | Mengeluarkan sijil sebagai Pengangkut dan Penjual Nanas Segar dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
| | 5. | | Memperaku dan meluluskan Approval Permit (AP) untuk mengeksport produk nanas, nanas segar dan ornamental dalam tempoh tidak melebihi 24 jam. |
| | 6. | | Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Pengeksport Nanas Kaleng dalam tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
| | 7. | | Mengadakan latihan dan sesi bimbingan kepada 800 orang penanam nanas setahun. |
| | | | |
| 8. | | Mengeluarkan Sijil Perakuan kualiti/Sijil Kesihatan untuk produk-produk berasaskan nanas dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima |
| | 9. | | Menyediakan latihan, khidmat nasihat dan melaksanakan program pemantauan kepada usahawan IKS berdaftar sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. |
| | | | |
| | 10. | | Cek bayaran dikeluarkan kepada semua syarikat dan orang perseorangan yang berurusan dengan LPNM dalam tempoh 14 hari |