header
PPTTN

PERKHIDMATAN DAN AKTIVTI YANG DIJALANKAN

Pembangunan Teknologi

  1. Projek menerusi Kaedah Petak Pemerhatian di Plot Ladang PPTTN dan juga Sektor Kecil.
  2. Merangkumi kadar dan jenis Penggunaan Input Pertanian, Potensi Sesuatu Baka, Tahap Ketahanan, Kepadatan Tanaman dan juga Kaedah Baru Pembiakan Benih di pelbagai jenis tanah.
  3. Secara keseluruhannya, pemerhatian dilakukan berkisar kepada pelbagai aspek Teknologi yang bertujuan mendapatkan maklumat dan input baru untuk Penambahbaikan Teknologi mahupun mengatasi masalah semasa.
  4. Hasil pemerhatian yang konsisten akan memberikan faedah besar kepada Industri Dan Pekebun Kecil dalam bentuk syor teknologi yang boleh digunapakai secara praktis.

 

Pembiakan Benih

  1. Merupakan projek yang dilaksanakan bertujuan untuk memperbanyakkan kuantiti sesuatu benih yang berpotensi di samping mengekalkan tahap kualiti baka tersebut. Pada akhirnya baka nanas yang dibiakkan ini akan dibekalkan kepada pekebun kecil untuk ditanam.

 

Khidmat Kejenteraan

  1. Projek yang dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan asas kejenteraan ladang untuk PPTTN di seluruh negara termasuk keperluan kejenteraan di sektor penanaman yang melibatkan pekebun kecil dan pengusaha tanaman nanas.

 

Pembangunan / Penyelenggaraan Tanaman

  1. Salah satu komponen penting dan strategi yang berkesan dalam mendidik dan mentransformasikan teknologi baru di dalam penanaman nanas ialah menerusi model penanaman secara komersil. Model penanaman secara komersil ini dibangunkan di pusat pembangunan teknologi tanaman nanas di seluruh negara. aktiviti pembangunan ladang komersil nanas ini mempunyai motif yang jelas untuk menghasilkan model penanaman komersil berteknologi tinggi yang akhirnya akan diterapkan kepada pengusaha tanaman nanas tempatan. Pendekatan ini juga mampu mendapatkan data pengeluaran buah nanas yang dibuat secara komersial dan perbandingan hasil mengikut baka. Ianya boleh dijadikan sebagai pengukur atau standard bagi membandingkan hasil tanaman yang dikeluarkan oleh pekebun nanas.
  2. Pekebun kecil akan dibawa untuk melihat model ini dan menjalani latihan hands on di samping penyampaian teori sebagai pengetahuan. Dalam hal ini, bagi tujuan memastikan model penanaman secara komersil ini kekal serta unggul selaras dengan teknologi pengurusan tanaman yang diperkenalkan maka penyelenggaraan tanaman mestilah dilakukan dengan cekap, teratur dan sistematik. Dengan demikian, projek pembangunan penyelenggaraan tanaman ini dilaksanakan bagi memastikan keunggulan model yang boleh diteladani.

Halaman: 1  2  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya