header
Bahagian Pengembangan & Khidmat Teknikal

Kursus Pemindahan Teknologi Tanaman Nanas dan Pembangunan Insan

Tujuan

Memberi perkhidmatan dan bimbingan melalui proses Transfer of Technology (TOT)  daripada penyelidik yang diiktiraf kepada pegawai, pengusaha dan bakal pengusaha nanas seluruh Malaysia berkaitan Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang bermutu dan berkualiti yang diakui diperingkat dunia.

Skop Perkhidmatan

a) 
Memberi bimbingan kepada pegawai dan pengusaha nanas seluruh negara untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang bermutu dan berkualiti dengan cara memindahkan teknologi tanaman nanas yang terkini dan diakui pihak penyelidik kepada pegawai dan pengusaha nanas.
b) Meningkatkan pendapatan pengusaha nanas sehingga melepasi dua (2) kali garis kemiskinan.
c) Memaksimumkan penggunaan tanah dengan kepadatan tanaman nanas agar pengeluaran hasil nanas dapat ditingkatkan bagi melepasi 25 tan seekar bagi satu pusingan tanaman.

 

Objektif

a) 
Meningkatkan tahap teknologi  selaras dengan Good Agriculture Practice (GAP) kepada penanam – penanam nanas;
b) Memberi nasihat dan bimbingan kepada penanam nanas diperingkat kebun (in-situ) melalui Pegawai Kawasan dan Pegawai Pengembangan;
c) Melaksanakan seminar, kursus Transfer of Technology (TOT) dan pembangunan insan kepada penanam dan pengusaha nanas untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM);

 

Kelayakan

Terbuka kepada pengusaha dan bakal pengusaha tanaman nanas yang ingin bergiat dalam industri nanas sama ada telah terlibat atau belum dengan skim bantuan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Kaedah Permohonan

Individu yang berminat boleh berhubung terus kepada pejabat zon Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia atau pejabat Pengembangan dan Khidmat Teknikal, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia seperti alamat berikut:-

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal,

No. 42-01, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2388197
Fax: 07-2388169

 

Bahagian Pengembangan & Khidmat Teknikal
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. PAHANG)
B40, Lorong IS 01,
Taman Indera Sempurna,
25750 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-5513502/3503
Fax: 09-5513499

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. TERENGGANU)
Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas,
Sungai Tong, 25000 Setiu, Terengganu.
Tel: 09-6572766/2767
Fax: 09-6571671

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. KELANTAN)
Lot 931, Simpang 3,
Kampung Tar Tujuh,
17000 Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 09-7905900/6143
Fax: 09-7906119

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. KEDAH)
182, Tingkat 1,
Jalan Lagenda, Lagenda Heights,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4244102/4105
Fax: 04-4244119


LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. PERAK)
No. 37, Jalan Medan Saujana,
34600 Kamunting, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-8052126
Fax: 05-8052120/26/44

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. SELANGOR)
No.46, Pusat Perniagaan,
Jalan Raja Barat,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-33725340/5352
Fax: 03-33725351

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. NEGERI SEMBILAN)
No. 17, Jalan BK 1,
Taman Bukit Kempas,
71650 Jelebu, Negeri Sembilan.
Tel: 06-6112041
Fax: 06-6112033

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (CAW. JOHOR)
Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6871688 / 1087
Fax: 07-6875388

 

ATAU  boleh  didapati  secara  percuma dengan muat  turun  dari  laman  web  rasmi  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (www.mpib.gov.my)  di bawah  nama  tajuk  ”Borang LPNM/BPKT/K/03” dan perlu dihantar ke pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia berhampiran secara terus atau melalui pos.

Nota:-
Kursus Teknologi Tanaman Nanas yang dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal adalah bergantung perancangan dan peruntukan kewangan.

Halaman: 1  2  3  4  5  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya