awam

PENGUMUMAN PENGUMUMAN

«Back

TAWARAN PERLANTIKAN PESERTA MD2 DI TAPAK PROJEK PUSAT TEKNOLOGI TANAMAN NANAS, ALOR BUKIT

mpib

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
(KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI)


TAWARAN PERLANTIKAN PESERTA MD2 DI TAPAK PROJEK PUSAT TEKNOLOGI TANAMAN NANAS, ALOR BUKIT

 

Permohonan adalah dipelawa dari individu / Syarikat-syarikat tempatan berdaftar yang berminat untuk membangunkan Projek Tanaman Nanas Premium di Pusat Pembangunan Teknologi Nanas Alor Bukit seperti maklumat berikut :

 

TAJUK PROJEK LOKASI KELUASAN & VARIETY
Projek Tanaman Nanas Premium Pusat Pembangunan Teknologi Nanas Alor Bukit, Pontian, Johor 10 Ekar Nanas MD2

 

Tarikh Tawaran : 5 November 2017 (Ahad)
 

Tarikh Tutup Tawaran : 19 November 2017 (Ahad)
 

Syarat-syarat Pemohon:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas atau Syarikat yang telah berdaftar di Malaysia;
  2. Mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian khususnya tanaman nanas;
  3. Mengemukakan profil syarikat, sumber kewangan yang kukuh dan memiliki tenaga buruh yang mencukupi untuk mengusahakan tanaman nanas MD2; serta
  4. Bersetuju dengan syarat perjanjian dan bersedia memberikan kerjasama yang baik dengan pihak LPNM dalam tempoh perjanjian.

Cara Permohonan:

Borang permohonan adalah PERCUMA dan boleh dimuat turun melalui laman web www.mpib.gov.my mulai 5 November 2017 (Ahad) atau di alamat seperti berikut:

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Bahagian Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas, Pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor