header
Pengesahan Permit Import & Eksport Nanas

Pengeksport/Pengangkut/Penjual nanas segar yang berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008.

Objektif

      1.  Meluluskan permit Eksport (A.P) nanas segar, sulur nanas dan ornamental bagi pihak Ketua Pengarah Kastam.
    2.  Mengawalselia pengeksportan nanas segar, sulur nanas dan ornamental bagi tujuan pengumpulan data perangkaan.

 

Kelayakan  Pendaftaran

      1.  Terbuka kepada individu atau syarikat yang telah berdaftar sebagai Pengangkut/Penjual/Pengeksport dengan LPNM.
    2.  Perlu mendapatkan surat kebenaran khas dari MITI bagi tujuan pengecualian Duti Kastam.

 

Kaedah  Permohonan

 

    1.  Individu/Syarikat yang hendak berdaftar terlebih dahulu berdaftar sebagai Pengangkut/Penjual/Pengeksport dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
  2. Permohonan  A.P.  hendaklah  menggunakan  sistem  ‘on-line’ iaitu  sistem  e-permit  yang  disediakan  oleh  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Sdn. Bhd.
  3. Individu / Syarikat  hendaklah  mendaftarkan  terlebih  dahulu  dengan  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Sdn. Bhd.  bagi  mendapatkan  nama  ‘user’  dan  ‘password’  sebelum  dibenarkan  akses  ke  dalam  sistem  e-permit.
  4. Untuk maklumat lanjut , sila layari www.dagangnet.com, click ke ”ePermit”

 

Tempoh Sah Laku

Tarikh sah laku permit eksport (A.P) adalah 12 hari bagi nanas segar dan 1 hari bagi nanas ornamental.

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya