Skop Pekhidmatan
Pekilang / Pengeksport berdaftar dibawah Peraturan Perindustrian Nanas ( Pasaran Eksport ) 1959 dan tertakluk dibawah Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Pindaan 1990).
Objektif
| | | 1. | Meluluskan permit eksport (A.P) nanas kaleng. |
| | | 2. | Mengawal pengeluaran dan pengeksportan nanas kaleng bagi tujuan pungutan ses dan statistik. |
Kelayakan Pendaftaran
| | | 1. | Terbuka kepada individu / syarikat yang memiliki sijil pendaftaran sebagai pengesport daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. |
| | | 2. | Mengeksport hanya produk-produk nanas kaleng yang diproses di mana-mana kilang di Malaysia. |
Kaedah Permohonan
| | | 1. | Individu / Syarikat yang hendak berdaftar terlebih dahulu berdaftar sebagai pengeksport berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. |
| | | 2. | Permohonan A.P. hendaklah menggunakan sistem ‘on-line’ iaitu sistem e-permit yang disediakan oleh Syarikat Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. |
| | | 3. | Individu / Syarikat hendaklah mendaftarkan terlebih dahulu dengan Syarikat Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. bagi mendapatkan nama ‘user’ dan ‘password’ sebelum dibenarkan akses ke dalam sistem e-permit. |
| | | 4. | Untuk maklumat lanjut , sila layari www.dagangnet.com, click ke ”ePermit” |
Tempoh Sah Laku
Tarikh sah laku permit eksport (A.P) adalah 5 hari daripada tarikh permohonan eksport dibuat.