Skop Pekhidmatan
Pengangkut/Penjual buah nanas sama ada orang perseorangan/syarikat yang mengangkut buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan penjual buah nanas segar sepertimana dinyatakan dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979
Objektif
Mengawal selia perjalanan semua perkara berhubung dengan kegiatan pengangkut/penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas.
Kelayakan Pendaftaran
| 1. | Terbuka kepada Pengangkut/Penjual yang terdiri daripada orang perseorangan atau syarikat yang menjual/mengangkut buah nanas. |
Kaedah Permohonan
| 1. | Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Bahagian Inspektorat dan Kawalselia seperti alamat tertera di bawah:- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, ( Bahagian Kawalselia dan Inspektorat ) No.42, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru. ATAU boleh didapati secara muat turun dari laman web rasmi LPNM di bawah nama tajuk ”Borang VI” dan ”Borang VIII” [Peraturan-Peraturan Perusahaan Nanas ( Kawalan Buah ) 1979]. |
| 2. | Wang pendaftaran sebanyak RM 20.00 dikenakan setiap kali pendaftaran dibuat samada menggunakan wang tunai atau wang pos atau cek di atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. |
| 3. | Pembayaran boleh dilakukan secara terus ke Pejabat Bahagian Inspektorat atau melalui pos bersama borang pendaftaran yang lengkap diisi. |
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb. Mac setiap tahun.