Skop Perkhidmatan
Individu atau syarikat yang terlibat di dalam aktiviti pengeluaran nanas kaleng dan jus nanas sepertimana dinyatakan dalam Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 di bawah Seksyen 14 dan tertakluk di dalam Peraturan Perindustrian Nanas ( Kawalan Kilang Mengetin ) 1959.
Objektif
| | | 1. | Mengawalselia pasaran buah nanas pekebun kecil bagi tujuan pengetinan serta memantau harga dan kadar penolakan buah nanas pekebun kecil di kilang berdaftar. |
| | | 2. | Mengawalselia kualiti pemprosesan hasilan memenuhi Spesifikasi dan Peraturan seperti berikut :- |
| | | | 2.1.1 | Peraturan Perindustrian Nanas ( Gred, Tanda & Label ) 1959 |
| | | | 2.1.2 | Peraturan Makanan Malaysia 1985 |
| | | | 2.1.3 | Specification For Canned Pineapple MS 302:2003 |
| | | | 2.1.4 | Specification For Canned Pineapple Juice MS 714:1981 |
Kelayakan Pendaftaran
| | | 1. | Terbuka kepada pekilang yang memproses nanas kaleng atau kilang yang memproses hasilan berasaskan nanas. |
| | | 2. | Bagi kilang memproses nanas kaleng ( Kilang Besar ) pekilang / syarikat hendaklah mempunyai kawasan penanaman nanas sekurang-kurangnya 600 hektar iaitu bersamaan dengan 1,500 ekar. Manakala bagi kilang memproses nanas kaleng tetapi tidak mempunyai kawasan penanaman nanas akan didaftarkan di bawah pendaftaran Kilang Kecil. |
| | | 3. | Pekilang hendaklah mempunyai premis yang mematuhi kehendak-kehendak minimum bagi tapak, susun atur, pembinaan, loji, mesin dan kebersihan sesuatu kilang sepertimana terkandung di dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang Mengetin) 1959. |
| | | 4. | Pekilang hendaklah memenuhi keperluan-keperluan kawalan kualiti sekurang-kurangnya Plan Good Manufacturing Practice ( GMP). |
Kaedah Permohonan
| | | 1. | Borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui kaedah pos, fax atau datang sendiri ke pejabat Kawalselia dan Inspektorat di alamat seperti di bawah:- LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA Bahagian Kawalselia & Inspektorat, No. 42, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru. Tel No : 07-238 8137 Faks : 07-238 8169 |
| | | 2. | Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Kawalselia dan Inspektorat. |
| | | 3. | Pendaftaran ini adalah percuma. |
Tempoh Pendaftaran
Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb Mac setiap tahun.