Skop Pekhidmatan
Syarikat atau individu yang hendak mengeksport nanas kaleng dan nanas jus sepertimana dinyatakan di dalam Akta dan Peraturan Perindustrian Nanas 1957 (Pemasaran Eksport)[1959].
Objektif
Memastikan pengeksport nanas kaleng dan jus hanya mendapatkan bekalan nanas kaleng dan jus dari kilang nanas berdaftar sahaja bagi menjamin kualiti eksport.
Kelayakan Pendaftaran
Terbuka kepada dikalangan individu atau syarikat yang hendak mengeksport nanas kaleng dan jus nanas.
Kaedah Permohonan
1. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Bahagian Inspektorat Dan Pelesenan seperti alamat di bawah:-
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
(Bahagian Inspektorat dan Pelesenan)
No.42, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru.
ATAU boleh didapati secara muat turun dari laman web rasmi LPNM di bawah nama tajuk “Borang I” [Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Pemasaran Eksport) 1959]
2. Wang Deposit sebanyak RM 2,000.00 dikenakan bagi pendaftaran pertama kali dibuat samada menggunakan wang tunai atau wang pos atau cek diatas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Bumiputra Commerce Bank Berhad Tampoi, Johor Bahru. No. Akaun 0116-0000242058
3. Permohonan boleh dilakukan secara terus ke Pejabat Bahagian Inspektorat dan Pelesenan atau melalui pos bersama slip bank yang asal (original) sebagai bukti pembayaran deposit telah dibuat.
4. Wang deposit RM 2,000.00 tersebut akan dikembalikan apabila tidak berminat lagi menjadi pengeksport nanas berdaftar.
5. Sila kemukakan resit kewangan LPNM atau bukti pendaftaran dengan LPNM apabila menuntut kembali wang deposit berkenaan.
6. Pendaftaran ini perlu diperbaharui setiap tahun tanpa sebarang bayaran melalui notis pemberitahuan memperbaharui pendaftaran LPNM.
Tempoh Sah Laku
Tarikh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb. Disember setiap tahun.