| Untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara, pertukaran mata wang asing dan peluang-peluang pekerjaan. |
| Untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan penglibatan pelaburan asing dalam industri. |  |
| Untuk menguruskan sektor penanaman nanas dan memaksimakan pengeluaran secara berterusan. |
| Untuk meningkatkan Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil yang berterusan. |
| Untuk mengekalkan dan mengukuhkan pasaran yang sediada dan menerokai pasaran baru. |  |
| Untuk meningkatkan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan nanas serta menambahkan aktiviti-aktiviti industri nanas hiliran dan bernilai tambah tinggi. |
| Menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada industri nanas. |
| Untuk menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai projek-projek industri nanas dan mengekalkan penglibatan mereka melalui khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan. |  |
| Untuk menggalakkan pembangunan industri yang terancang melalui khidmat pengembangan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan. |
| Untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian pintar bagi mendapat faedah melalui teknologi dan pertukaran maklumat saintifik. |