header
Makanan Laut

Udang Masak Lemak Nanas

Bahan-bahannya

1 kg udang besar (buang kaki dan janggut)
500 g nanas Moris (dipotong 4 segi)
175 ml minyak masak
1 keping asam (besar)
5 helai daun limau purut

Bahan kisar

20 biji cili kering (direndam)
300 g bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 cm lengkuas
2 batang serai
2 camt belacan
3 cm kunyit hidup
350 ml santan pekat tanpa air
750 ml air

Perasa

1 ¼ camb garam
3 ½ camb gula
1 camb serbuk ikan bilis

Cara-caranya

- Panaskan minyak dan tumis rempah hingga wangi.

- Masukkan nanas dan sedikit gula daripada perasa. Tumis selama 7 minit.

- Tuangkan air dan masukkan asam keping. Biarkan ia mendidih dan perlahankan api.

- Renehkan kuah selama 15-20 minit.

- Besarkan api dan masukkan udang, daun limau purut dan perasa. Didihkan.

- Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sebentar.

- Hidangkan dengan nasi.

Resepi Oleh:
Chef Florance

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya