awam

Iklan Iklan

«Back

IKLAN TAWARAN SEWAAN PREMIS MINI KILANG PEMPROSESAN PRODUK IAT (PIC)

mpib

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
(KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI)


IKLAN TAWARAN SEWAAN PREMIS MINI KILANG PEMPROSESAN PRODUK IAT (PIC), LAMAN NANAS, MAEPS, SERDANG, SELANGOR DAN PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN BERASASKAN NANAS DI PAGOH, MUAR, JOHOR
 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang berminat dan memenuhi syarat – syarat permohonan untuk menyewa premis MINI KILANG PEMPROSESAN PRODUK INDUSTRI ASAS TANI (IAT) DAN PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN BERASASKAN NANAS milik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) seperti mana berikut:

 

LOKASI PREMIS JENIS PREMIS JUMLAH KOSONG JENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN
Pusat Informasi Nanas (PIC), Laman Nanas, Taman Pertanian Serdang,Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Kilang pemprosesan/ pembuatan produk IAT berasaskan nanas

1 Unit

Perusahaan menjalankan aktiviti pengeluaran produk IAT berasaskan nanas untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Pusat Pemprosesan Nanas (Usahawan Tani) Jalan Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Tak'zim. Kilang pemprosesan/ pembuatan produk IAT berasaskan nanas 1 Unit

Perusahaan menjalankan aktiviti pengeluaran produk IAT berasaskan nanas untuk pasaran tempatan dan luar negara.

 

2. Borang Tawaran Sewaan boleh didapati mulai 01 November 2017 hingga 20 November 2017, pada waktu pejabat di Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Wisma Nanas, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, 81200 Bandar Baru Uda, Johor Bahru atau muaturun melaui laman sesawang www.mpib.gov.my


3. Borang Tawaran Sewaan diberikan secara PERCUMA.

 

4. Setiap pemohon mesti memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengeluar/ Pengusaha/Usahawan produk IAT berasaskan nanas.
  3. Bersedia memberi kerjasama yang baik dengan pihak LPNM.
  4. Berpengalaman dalam aktiviti pembuatan dan pengeluaran produk IAT berasaskan nanas.

5. Pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan lawatan ke premis sebelum membuat permohonan sewaan premis.


6. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengemukakan dokumen di atas akan dikira TERBATAL dan tidak akan diproses.


7. Iklan tawaran ini akan ditutup pada 20 November 2017  sebelum jam 12.00 Tengah hari.


8. Borang Tawaran Sewaan yang lengkap hendaklah dikemukan sebelum atau pada tarikh tutup kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Wisma Nanas, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, 81200 Bandar Baru Uda, Johor Bahru.