header
Bahagian Tanaman

INFO KORPORAT

 

Visi Tanaman

Untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran buah nanas dengan memperluaskan kawasan nanas di kawasan baru dan mengekalkan tanaman nanas di kawasan sedia ada.

 

Misi Tanaman

Membangunkan industri penanaman nanas ke arah pengeluaran terbesar di dunia.

 

Fungsi-fungsi Bahagian Tanaman

  1. Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan untuk Bantuan Tanaman Nanas pekebun kecil.

  2. Membuat pendaftaran penanaman nanas.

  3. Memberikan bantuan kewangan (bahan input pertanian) sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada sektor pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.

  4. Memberikan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan industri nanas khususnya tanaman nanas.

  5. Meningkatkan keluasan tanaman nanas di kawasan – kawasan baru yang dibangunkan melalui program Penanaman Baru.

  6. Membuat pendaftaran pembekal benih nanas.

  7. Menyediakan dokumen seperti spesifikasi, perjanjian, dan peraturan untuk tujuan perolehan.

  8. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang cekap dalam membekalkan baja, sulur nanas, racun rumpai dan hormone berkualiti yang memenuhi keperluan standard kepada pengusaha nanas.

  9. Menyelaras dan memantau aktiviti pembekalan input pertanian.

  10. Membuat perakuan untuk tujuan pembayaran benih dan input pertanian.

  11. Memantau pelaksanaan projek tanaman dari peringkat kelulusan hingga kutipan hasil.

  12. Menyelia dan menyelaras projek Ladang Kontrak di bawah MOA.

  13. Menyelia dan menyelaras Sistem Maklumat Industri Nanas (SMIN).

 

Halaman: 1  2  3  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya