header
Bahagian Perlesenan Dan Inspektorat

Profil Bahagian

Latar Belakang

Bahagian  Perlesenan  dan  Inspektorat  yang   dahulu   dikenali   sebagai   Bahagian  Merinyu  telah  diwujudkan  di bawah  Seksyen  20  Akta  Perindustrian  Nanas  Malaysia  1957 (Semakan  1990)  telah  dipertanggungjawabkan  bagi  melaksanakan  tugas-tugas  penguatkuasaan,  pendaftaran  dan  pelesenan.

Di bawah  Seksyen  10A  Akta  Kastam  1967,  Bahagian  Kawal  Selia  dan  Inspektorat  juga  telah  diberi  penurunan  kuasa  untuk  tujuan  menandatangani,  meminda  dan  membatalkan  lesen-lesen  import  dan  eksport  selaras  dengan  peruntukan  Kastam (Larangan  mengenai  Import) 2008  dan  Perintah  Kastam  (Larangan  mengenai  Eksport) 2008.

Berikut  adalah  fungsi  dan  liputan  peraturan-peraturan  yang  tertakluk  di bawah  penguatkuasaan  Akta  Perindustran  Nanas  1957 (Semakan  1990)

    i)    Peraturan  Perindustrian  Nanas  (Kawalan  Buah) Pindaan  1979
    ii)   Peraturan  Perindustrian  Nanas (Kawalan  Kilang  Mengetin) Pindaan  1989
    iii)   Peraturan  Perindustrian  Nanas (Ses  bagi  Eksport)  1959
    iv)   Peraturan  Perindustrian  Nanas (Gred,  Label  dan  Tanda) 1959

Visi

Mewujudkan  Industri  Nanas  Yang  Terkawal  seiring  dengan  keperluan industri  nanas  global.

Misi

Kami komited kepada Perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan dalam memantapkan  perjalanan  industri  nanas  negara.

Moto

Kepatuhan  adalah  keperluan  kami.

Kualiti Polisi

Dalam  Meningkatkan  Kualiti  Perkhidmatan  Kawal Selia  &  Inspektorat Lembaga  Perindustrian  Nanas  Malaysia,  Kami  Anggota  Bahagian  Pelesenan &  Inspektorat  adalah  komited  untuk  Memberi  Perkhidmatan  yang  Terbaik Menepati  Spesifikasi  dan  Masa  Bagi  Memenuhi  Kehendak  Pelanggan.

Objektif Korporat

Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi  dan  masa  yang  ditentukan.

Objektif Umum

Menyediakan  perkhidmatan  mesra  pelanggan  dengan  peningkatan  kualiti perkhidmatan  yang  berterusan  bagi  mencapai  tahap  aduan  sifar.

Objektif Operasi

      (a)  Memastikan  Penguatkuasaan  Kawalan  Mutu  di  kilang-kilang  kecil berdaftar  mengikut  Akta  dan  Peraturan  yang  ditetapkan.
    (b) Menentukan  aktiviti  penyeliaan,  pengagihan  bekalan  buah  nanas Pekebun  Kecil  dan  perkhidmatan  dilaksanakan  dengan  berkesan.
    (c) Memastikan  perkhidmatan  yang  diberi, disediakan  kepada  pihak berkaitan  industri  memenuhi  keperluan, kegunaan  dan  menepati spesifikasi  serta  masa  yang  ditentukan.
    (d) Meningkatkan  kualiti  perkhidmatan  yang  berterusan  bagi  mencapai tahap  aduan  sifar.

 

Carta Organisasi

Halaman: 1  2  3  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya