header
Bahagian Perancangan Dan Hal Ehwal Korporat

OBJEKTIF KORPORAT

Visi

Menjadi perancang unggul dalam merealisasikan LPNM sebagai Peneraju Industri Nanas Negara dan Pakar Rujuk Industri Nanas di peringkat global

Misi

Menjadi bahagian unggul yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menyelaras dasar dan pembangunan industri nanas negara melalui penggembelengan sepenuhnya sumber, kepakaran dan teknologi demi mewujudkan industri nanas yang mapan, dinamik dan progresif yang akhirnya memberikan kemakmuran kepada pihak yang terlibat di dalam industri nanas sekaligus menyumbang kepada Pendapatan Negara

OBJEKTIF UMUM


Merancang, mengawal dan menyelaras dasar dan pembangunan industri nanas negara melalui penggembelengan sepenuhnya sumber, kepakaran dan teknologi demi mewujudkan industri nanas yang mapan, dinamik dan progresif yang akhirnya memberikan kemakmuran kepada pihak yang terlibat di dalam industri nanas sekaligus menyumbang kepada Pendapatan Negara.

OBJEKTIF KHUSUS


Beberapa objektif khusus telah dirangka sekaligus menterjemahkan kandungan misi bahagian menerusi objektif-objektif berikut :

a)  Mewujudkan satu pelan strategik LPNM selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan
b) Memastikan kesemua projek yang dirancang berjalan mengikut perancangan dalam mencapai sasaran pertumbuhan yang ditetapkan
c) Memastikan setiap maklumat dan laporan yang dihantar kepada stakeholders adalah tepat dan dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan
d) Mempastikan keperluan bajet pembangunan yang mencukupi untuk LPNM bagi setiap Rancangan Malaysia dan Bajet Tahunan
e) Sebagai pakarunding pelaburan dalam industri nanas Malaysia dengan mengeluarkan model pelaburan industri
f) Menjalankan pemantauan projek sekurang-kurangnya sebulan sekali diikut laporan penilaian dan cadangan penambahbaikan projek
g) Mengeluarkan laporan penilaian projek setiap suku tahun
h) Meningkatkan imej korporat LPNM setanding dengan imej MOA


Halaman: 1  2  3  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya