header
Bahagian Pembangunan Produk dan Hiliran

A. PROFAIL BAHAGIAN

i LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Produk Dan Hiliran telah dipertanggungjawabkan dalam mengawal kualiti produk-produk keluaran industri dan memberi jaminan kepada “safety” produk-produk keluaran industri sama ada dalam bentuk yang telah diproses semi-proses atau segar.

Ia meliputi aktiviti Makmal Kawalan Mutu yang telah diwujudkan semejak tahun 1957 dangan penubuhan Makamal Penggredan, di ikuti Makmal Mikrobiologi pada tahun 1992 yang terletak di bangunan lama LPNM iaitu Wisma SBBU. Pada tahun 1997 Makamal Kemia pula telah diwujudkan seirigan dengan penambahan skop aktiviti iaitu pembangunan dan penyelidikan produk-produk berasaskan nanas.

Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan, Makmal Kawalan Mutu telah berjaya mendapatkan pengiktirafan MS ISO 1900:2000 untuk 3 tahun berturut-turut iaitu 1999 hingga 2001. Kini Makmal Kawalan Mutu juga dalam proses untuk memdapatkan persijilan akreditasi MS ISO 17025:2005 bagi meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap perakuan sijil-sijil kualiti yang diluarkan disamping penambahbaikan kualiti perkhidmatan.
   
ii VISI
Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.
   
iii MISI
Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berfokus serta meningkatkan mutu dan imej produk dalam menuju kepada kecermelangan industri.
   
iv MOTTO
“Komitmen Asas Kualiti”
   
v KUALITI POLISI
Komited bagi memberi perkhidmatan pengujian pengesahan badi produk keluaran industri nanas Malaysia yang memenuhi keperluan bertaraf antarabangsa.
   
vi

CARTA ORGANISASI

vii OBJEKTIF KORPORAT
Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.
   
viii OBJEKTIF UMUM
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan sifar.
   
ix OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Bagi memastikan metlamat kualiti polisi tercapai, Bahagian Pembangunan Produk Dan Hiliran telah mewujudkan system pengurusan kualiti yang boleh memebantu dalam merealisasikan objektif-objektif berikut:
   a.  Menyediakan perkhidmatan yang professional bagi pengujian bagi nanas dan produk nanas yang memenuhi keperluan, kegunaan dan tujuaannya.
   b.  Menjalankan analisisa yang professional dan berkualiti.
   c. Menyediakan perkhidmatan analisis makmal yang memenuhi keperluan standard.
   d. Memenuhi keperluan perundangan kemasyarakatan.
   e.  Meningkatkan keupayaan perkhidmatan menerusi latihan berterusan kepasa anggota kerja dan memastikan sistem pengurusan kualiti difahami dan dilaksanakan.

 

B. FUNGSI

1. Merangka dan membangunankan kajian dan penyelidikan produk-produk berasaskan makanan.
   
2. Mengawal kualiti produk nanas berpandukan kepada spesifiasi yang ditetapkan.
   
3. Memyediakan perkhidmatan analisis kimia, fizikal dan mikrobiologi untuk mengawal dan penentuan spesifikasi, proximat, fakta nutrisi dan pengesanan aditif makanan bagi nanas segar, nanas yang diproses dan produk-produk berasakan nanas.
   
4. Menambahbaik teknologi analisis makmal sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi.
   
5. Bertanggungjawab untuk membuat kajian terhadap kandungan kimia di dalam produk industri dan membuat penyelidikan agar bahan yang terdapat didalamnya boleh dijadikan nilai tambah untuk kegunaan komersil.
   
6. Bertanggungjawab ke atas kajian-kajian baru, penemuan baru untuk memestikan buah nanas bukan setakat dijual secara keleng, segar atau pun untuk industri asas tabu sahaja tetapi boleh dijana hasilnya melalui bioteknologi.
   
7. Bertanggungjawab dalam kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan industri hiliran berasaskan nanas untuk perkembangan industri nanas.

 

Halaman: 1  2  

 
Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kuning & Biru Kontras Biru & Biru Pekat Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya