FUNGSI BAHAGIAN PEMASARAN DAN PROMOSI |
| 1. | Aktiviti berasaskan Peraturan-peraturan nanas (Pemasaran Eksport) 1959 |
| 2. | Membangunkan rangkaian pasaran dalam dan luar negeri dan juga membina hubungan baik dengan bakal-bakal pengimport yang sedia ada untuk terus membeli buah nanas dan produk-produk nanas Malaysia. |
| 3. | Menggalakkan pelaburan dalam industri nanas. |
| 4. | Mengadakan pameran dalam dan luar negeri. |
| 5. | Mengadakan risikan pasaran terutama mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran nanas dunia, kelebihan-kelebihan pesaing di negara lain dan mencadangkan penambahbaikan keatas pemasaran yang sedia ada. |
| 6. | Sebagai pengantaraan di dalam mewujudkan kerjasama erat diantara pekilang-pekilang, pengeksport-pengeksport nanas dan agen-agen perkapalan serta syarikat perkapalan agar sama-sama dapat manfaat di atas kemantapan dan kelangsungan |
| 7. | Bertanggungjawab dalam kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan industri hiliran berasaskan nanas untuk perkembangan industri nanas. |
OBJEKTIF BAHAGIAN PEMASARAN DAN PROMOSI |
| 1. | Meningkatkan syer pasaran nanas kaleng dunia dari 2% kepada 10% menjelang tahun 2010. |
| 2. | Meningkatkan eksport nanas segar daripada 60,000 metrik tan kepada 150,000 metrik tan bagi tahun 2010 |
| 3. | Menjamin pasaran baru dalam dan luar negeri bagi produk IKS berasaskan logo halal ke Negara-negara islam |
| 4. | Memperkenalkan industri nanas sebagai produk pelancongan negara |
| 5. | Membangunkan system teknologi maklumat untuk urusan perhubungan dan pertukaran maklumat dalam urusan kerja |
| | |
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PROMOSI |
| 1. | Menyelesaikan proses pemadanan perniagaan dalam tempoh 5 hari bekerja bermula dari permohonan dikemukakan. |
| 2. | Menjawap maklumat pasaran yang diperlukan oleh pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja bermula dari pertanyaan dikemukakan. |
| 3. | Menyelesaikan kes lambakan buah dalam tempoh 7 hari bermula dari aduan diterima. |
| 4. | Memberikan maklumbalas terhadap surat-surat jemputan pameran/promosi dalam tempoh masa 3 hari berkerja. |