• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Unit Komunikasi Korporat

    LATAR BELAKANG UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

    Unit Komunikasi Korporat merupakan unit yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal berkaitan media serta perhubungan awam dengan Kementerian / Jabatan / Agensi/ sektor swasta dan masyarakat amnya.

    VISI

    Sebagai peneraju kecemerlangan perkhidmatan penerangan, komunikasi dan perhubungan awam yang berkesan ke arah merealisasi visi LPNM dan menaikkan imej organisasi.

    MISI

    • Membangunkan minda dengan mentransformasikan maklumat yang tepat, cekap dan berkesan.
    • Melahirkan warga LPNM dan masyarakat umum yang progresif dan berpengetahuan.
    • Mentransformasi sistem maklumat & komunikasi ke arah meningkatkan imej korporat LPNM yang cemerlang.

     

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

      • Penerbitan Korporat/Hebahan Maklumat
        • Menyediakan bahan cetakan, teks ucapan, brosur, risalah, artikel, press release, fact sheet, note to editor, rakaman video dan foto
        • Mengemaskini maklumat berkenaan dengan program-program LPNM di laman web rasmi
        • Menyediakan ‘media database’ dengan menyenaraikan dan menyimpan agensi-agensi berita Jabatan/Kementerian
        • Pengedaran laporan tahunan LPNM
        • Mengemaskini segala aktiviti LPNM di media social seperti Facebook, Twitter dan Instagram
        • Menghasilkan video aktiviti-aktiviti program
        • Menguruskan kumpulan koir LPNM

     

      • Perhubungan Awam
        • Menguruskan urusan protokol majlis Jabatan dan Kementerian
        • Menjadi penyambut tetamu bagi majlis Jabatan dan Kementerian
        • Menguruskan jemputan media
        • Menyusun takwim tahunan LPNM
        • Pembekalan maklumat dan informasi kepada pelanggan
        • Penyelaras bagi maklumat berkenaan program dari Jabatan/Kementerian serta pihak-pihak berkaitan
        • Menguruskan program lawatan/kunjungan daripada pihak luar
        • Memastikan imej korporat LPNM berada di tahap terbaik
        • Bekerjasama dengan pihak media cetak dan elektronik dalam konteks promosi dan hebahan berkenaan dengan program Agensi

     

    • Pengurusan Pelanggan
      • Mengurus dan membuat laporan terhadap 10 perkhidmatan piagam pelanggan LPNM
      • Membuat kajian kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan
      • Menjawab dan membuat laporan terhadap segala aduan dan pertanyaan daripada pelbagai pihak melalui saluran pengaduan

     

    CARTA ORGANISASI


    X