• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Unit Integriti (UI)

    Latar Belakang

    Unit Integriti LPNM ditubuhkan pada 1 April 2014 berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013. Model yang ditetapkan oleh SPRM berasaskan tahap risiko dalam sesebuah organisasi iaitu Model C (Organisasi Berisiko Rendah).

    Dianggotai seramai 3 orang pegawai. Diketuai oleh seorang Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44 dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Tadbir Gred N26 dan N17.
    Tujuan Unit Integriti ditubuhkan :

    • Memastikan penjawat LPNM mengamalkan budaya kerja cemerlang berdisplin dan mengamalkan nilai-nilai murni.
    • Meningkatkan keyakinan rakyat menerusi sistem tadbir urus dan budaya kerja yang berkualiti.
    • Melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan dan cemerlang

    Peranan

    Unit Integriti LPNM berperanan :

    • Melaksanakan fungsi Urusetia Lembaga Tatatertib
    • Menjalankan aktiviti aktiviti Pengukuhan Integriti.
      • Ceramah Integriti
      • Sudut Integriti
      • Kursus Tatatertib
      • Tazkirah Mingguan
    • Penghasilan Artikel berkaitan Integriti
    • Sebagai Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku serta pelanggaran tatatertib dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

    Aktiviti

    Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CElO) Kali Ke – 4
    9 April, 2015
    Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

    CelO ialah seorang yang memiliki kelayakan yang ditauliahkan oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB). CelO menerima program latihan yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), MACA dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia. CelO ialah seorang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di suatu organisasi. CelO merancang, melaksana dan memantau keberkesanan insiatif-insiatif integriti organisasinya.

    Kursus Pengenalan Tatatertib Akta Badan Berkanun (Akta 605) LPNM pegawai LPNM Gred 17 – 27
    17 – 19 Mac 2015
    Bayou Lagoon Resort Melaka

    X