• Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklumbalas Peta Laman
  • Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Unit Audit Dalam

    Latar Belakang

    Unit Audit Dalam (UAD) telah diwujudkan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pada tahun 2008 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman LPNM dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah LPNM.

    Unit Audit Dalam berperanan penting dalam membantu pihak pengurusan LPNM dalam membaiki kelemahan dalam pengurusan wang awam serta menyimpan rekod-rekod kewangan dan perakaunan bagi menentukan peraturan-peraturan kewangan dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi. UAD juga membantu dalam mempertingkatkan sistem pengurusan dan penggunaan sumber kewangan, anggota, harta benda dan lain-lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti/program supaya ianya diurus dengan cekap, berkesan dan berekonomi.

    Visi

    Berazam menjadikan Unit Audit Dalam sebagai unit yang cekap serta berusaha secara berterusan kearah kecemerlangan untuk mencapai objektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya.

    Misi

    Meninggikan produktiviti kerja dengan perhatian penuh kepada penghasilan kerja yang berkualiti tinggi di semua peringkat dan pengeluaran laporan audit yang cepat dan tepat.

    Objektif

    • Membantu LPNM mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus;
    • Untuk membantu pihak pengurusan atasan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan;
    • Membantu pihak pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.

    Fungsi

    • Membantu pengurusan LPNM mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada pekeliling, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;
    • Membantu pengurusan LPNM menentukan program dan aktiviti diurus dengan cekap, berkesan, bersesuaian dan ekonomik;
    • Mengkaji dan menilai sistem-sistem dan prosedur-prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman mencukupi dan berkesan;
    • Mengkaji samada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi;
    • Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
    • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
    • Membuat pemantauan ke atas perolehan-perolehan agensi selaras dengan PK 2/2013, 1Pekeliling Perbendaharaan – Kaedah Perolehan Kerajaan;
    • Membentangkan laporan Audit kepada Jemaah Lembaga, Jawatankuasa Audit, Ketua Pengarah dan Jawatankuasa Tadbir Urus Dan Integriti (JKTUI);
    • Mengemukakan penemuan dan syor Audit kepada auditi melalui laporan-laporan bebas, objektif dan tepat pada masanya demi meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan;
    • Menyusuli laporan dan pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara;
    • Membuat pemantauan dan pelaksanaan audit/naziran kewangan dan projek-projek pembangunan;
    • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan kepada Jawatankuasa Audit untuk kelulusan; dan
    • Menyediakan Laporan Audit Tahunan dan diedarkan kepada pengurusan tertinggi LPNM.

    Piagam Pelanggan

    Kami berjanji akan :

    • Menjalankan auditan secara adil dan saksama tanpa ‘fear or favour’;
    • Mengeluarkan laporan audit yang bebas, objektif dan tepat pada masanya;
    • Memberi teguran dan cadangan membina ke arah meningkatkan prestasi sistem pengurusan kewangan dan tahap akauntabiliti awam.

    Jenis Pengauditan

    Unit Audit Dalam Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menjalankan 5 jenis pengauditan seperti berikut :

    1. Pengauditan Prestasi – Auditan Prestasi merupakan penilaian ke atas pelaksanaan program, aktiviti dan projek pembangunan LPNM. Tujuannya adalah untuk menentukan sama ada pihak pengurusan mengurus atau menggunakan sumber seperti wang awam, harta benda, anggota dan ruang pejabat dengan cara yang sempurna, sesuai, cekap, berkesan dan ekonomi serta mencapai objektif program yang ditetapkan.
    2. Pengauditan Pengurusan Kewangan – Auditan Pengurusan Kewangan adalah pendekatan audit bagi menentukan wujudnya kesempurnaan dan keutuhan sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Tujuan auditan ini adalah untuk memastikan semua pembayaran dan penerimaan adalah dibenarkan dan diperakaunkan dengan teratur, hasil dikenakan, dipungut dan diperakaunkan dengan betul serta harta/inventori disimpan, dikawal, di selenggara dan dilupuskan mengikut prosedur sepatutnya. Di samping itu, Audit Pengurusan Kewangan juga menentukan sama ada sistem perakaunan, dokumen dan rekod boleh menghasilkan maklumat yang tepat dan cepat untuk kegunaan pihak pengurusan atasan.
    3. Pengauditan Arahan Khas – Pengauditan ini dijalankan dari semasa ke semasa atas arahan pengurusan.
    4. Pemeriksaan Mengejut – Audit presence atau audit mengejut dijalankan untuk mewujudkan awareness di kalangan auditi bahawa pengurusan sentiasa memantau tahap pematuhan mereka terhadap peraturan kewangan. Program ini tidak melibatkan ujian substantive kerana tempoh masa yang diambil tidak melebihi satu hari bagi setiap PTJ/PK yang disemak.
    5. Pengauditan Susulan – Untuk menilai sama ada tindakan pembetulan telah diambil oleh bahagian/pejabat negeri/unit terhadap perkara yang dibangkitkan semasa pengauditan terdahulu dijalankan. Audit yang dijalankan bagi memastikan setiap isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh Unit Audit Dalam telah diambil tindakan yang sewajarnya oleh auditi yang berkenaan. Audit jenis ini dilakukan dalam jangka masa 1 – 2 tahun selepas pengauditan lengkap yang pertama dibuat.

    Struktur Organisasi

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menerima Surat Kelulusan Perjawatan Bil. E53 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2013, hasil daripada Penyusunan semula organisasi LPNM di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  (KPIAT).  Kedudukan perjawatan bagi Unit Audit Dalam adalah seperti berikut :

    Jawatan Gred Lulus Isi
    Juruaudit W41/W44 1 1
    Penolong Juruaudit W29 1 1
    Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, E29 1 1
    Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19 1 1
    Jumlah 4 4
    X