Logo-BM
MENU

SOALAN LAZIM

Bagaimana kaedah permohonan program bantuan di LPNM?

Bagi semua permohonan program bantuan di bawah LPNM, pihak pemohon boleh memohon melalui 2 kaedah permohonan seperti berikut :

  1. Memuat turun borang permohonan bantuan mengikut jenis program dan bantuan di laman sesawang rasmi iaitu mpib.gov.my/muat-turun/ atau ;
  2. Hadir sendiri untuk mengambil borang permohonan bantuan di pejabat LPNM seluruh negara. Sesi konsultansi proses permohonan bantuan dan program-program berkaitan akan diberikan secara terus kepada pihak pemohon.
Apakah Insentif atau Bantuan yang disediakan di LPNM?

LPNM telah menyediakan pelbagai jenis bantuan dan insentif yang bersesuaian mengikut kluster projek tanaman nanas. Bantuan atau insentif yang diberikan kepada pengusaha adalah seperti berikut :-

  1. Bantuan Khidmat Nasihat dan Teknikal Tanaman
  2. Bantuan Bahan Tanaman (Anak Benih/Sulur Nanas)
  3. Bantuan Input Pertanian (Baja/Racun/Hormon)
  4. Bantuan Infrastruktur Asas Ladang
  5. Bantuan Mekanisasi dan Automasi Ladang
  6. Bantuan Pembangunan Industri Asas Tani
  7. Bantuan Infrastruktur Asas Pemasaran
Bagaimana proses pendaftaran sebagai pengeksport/pengangkut/penjual di LPNM?

Bagi setiap individu/syarikat/koperasi yang hendak mengeksport nanas samaada secara segar, kaleng atau jus boleh mengemukakan permohonan pendaftaran dan berdaftar sebagai pengeksport secara atas talian melalui system e-BLESS (https://www.bless.gov.my/bless/). Pemohon hendaklah menyediakan wang deposit sebanyak RM 2,000 bagi pendaftaran pertama kali dibuat samaada secara wang tunai/wang pos/cek di atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Bukti pembayaran ini hendaklah dilampirkan bersama semasa pendaftaran di dalam BLESS.

Bagi pendaftaran pengangkut/penjual terdiri daripada orang perseorangan/syarikat/koperasi yang menjual/mengangkut buah nanas permohonan lesen pengangkut dan penjual akan dikenakan dengan kadar bayaran sebanyak RM 20.00 setiap kali pendaftaran. Bukti pembayaran ini hendaklah dilampirkan bersama semasa pendaftaran di dalam BLESS.

Bagaimana pekebun boleh mendapatkan sumber benih untuk tanaman nanas? Apakah kaedah yang digunakan LPNM bagi memastikan sumber benih adalah tulen dan diperakui?

Bagi setiap peserta dibawah Program Bantuan Tanaman Nanas LPNM sumber benih akan dibekalkan melalui pembekal-pembekal benih berdaftar di bawah LPNM melalui pendaftaran pembekal benih LPNM. Orang perseorangan/syarikat/koperasi yang tidak berada dibawah LPNM juga boleh mendapatkan sumber benih daripada pembekal benih berdaftar di bawah LPNM.

Setiap pembekal benih berdaftar adalah dipastikan ketulenan benih atau bahan tanaman melalui Sijil SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) yang diperakukan oleh pihak Jabatan Pertanian.

Hanya sumber benih dan pembekal yang menerima sijil perakuan SPBT sahaja yang akan diiktiraf sebagai sumber benih yang tulen.

Apakah pendirian LPNM dalam isu penggunaan kultur tisu sebagai sumber bahan tanaman/sumber benih bagi tanaman MD2?

Satu Ketetapan berkaitan penggunaan kultur tisu sebagai sumber benih bagi varieti nanas MD2 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Dasar bil 2.2018 dimana ketetapan berikut telah diambil :

Arahan untuk tidak membenarkan benih dan sulur daripada sumber kultur tisu hanyan digunakan dala perolehan Kerajaan. Perkara ini terpakai sehingga teknologi kultur tisu telah dibuktikan stabil. Sehingga itu, hanya benih sulur sahaja dibenarkan bagi projek-projek di bawah Bajet Kerajaan.

Apakah halatuju LPNM dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020)?

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah merangka strategi pemerkasaan pembangunan industri nanas negara sehingga tahun 2020. Melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), pihak kementerian telah memberi fokus penumpuan pembangunan industri nanas negara dengan membangunkan kawasan-kawasan tanaman nanas varieti Premium iaitu Nanas MD2. Fokus kepada varieti premium yang bernilai tinggi dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran dunia membolehkan industri nanas negara terus berdaya saing di peringkat global. Selaras dengan sasaran yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN), pengukuhan perancangan pembangunan tanaman nanas premium memerlukan lebih daripada 7,700 ha kawasan baru untuk perkembangan nanas premium MD2 sehingga tahun 2020.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 19 Mac 2024 pada 14:54:12

0642956
Total Visit : 642956
Who's Online : 3
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram