Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

Bantuan & Insentif

Projek Penanaman Nanas untuk Pasaran Premium

TAJUK
Projek Penanaman Nanas Untuk Pasaran Premium


KETERANGAN PROJEK

Projek ini adalah merupakan salah satu pendekatan untuk mentransformasikan Industri Nanas Malaysia kepada nanas yang mempunyai nilai premium. Tumpuan akan diberikan  kepada penyusunan semula (restructuring) sektor pekebun kecil melalui koperasi / kelompok / pertubuhan atau  sebagai mini estet. LPNM akan mengambil peluang untuk menebusguna tanah terbiar khususnya di Semenanjung Malaysia yang merekodkan keluasan tanah terbiar untuk tahun 2014 iaitu 117,194 hekta dan mensasarkan tambahan keluasan tanam baru sebanyak 5,500 hektar menjelang tahun 2020.


OBJEKTIF

Projek ini bertujuan untuk mempertingkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas kecil dan mikro yang berada dalam golongan B40, disamping mengekalkan kelestarian kawasan penanaman nanas yang sediaada dan memenuhi permintaan tempatan yang meliputi pasaran segar dan industri hiliran.


SKOP BANTUAN

Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti berikut;a. Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas
b. Geran bantuan berbentuk bahan tanaman (sulur) pada kadar 49,400 sulur per hektar @ 20,000 sulur per ekar dan had maksima keluasan adalah 4.05hektar per peserta / lot;
c. Geran bantuan berbentuk input pertanian sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011);
d. Pembangunan Infrasstruktur bagi memenuhi keperluan Persijilan MyGap – jalan adang, stor input, pusat pengumpulan buah, bilik sejuk dsb. Had maksima bantuan infrastruktur adalah RM250,000 per kelompok / mini estet; dan
e. Khidmat Pengembangan dan Kepakaran.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kriteria & Kelayakan
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Pemilikan persendirian atau individu atau syarikat;
iii. Berdaftar dengan LPNM;
iv. Taraf milik tanah yang sah;
v. Melengkapkan borang permohonan;
vi. Pengusaha tidak pernah mendapat benih MD2 di bawah mana-mana Projek MD2 LPNM;
vii. Maksimum kelayakan untuk diberi bantuan sulur adalah 10 ekar;
viii. Mempunyai modal pusingan yang mencukupi; dan
ix. Tanaman secara tunggal sahaja.


KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi : –
i. Borang Permohonan Program Penanaman Nanas MD2 (Komersil / Pekebun Kecil)
ii. Surat Akuan Berkanun
iii. Surat Pelepasan Tanggungan
iv. Borang IV (permohonan bagi pendaftaran sebagai pekebun)Pemohon perlu menyediakan salinan :-
i. Kad Pengenalan
ii. Salinan geran / *Pelan Lakar (untuk tanah yang tidak mempunyai geran seperti TOL)
iii. Resit bayaran cukai tanah terkini


JENIS & KADAR BANTUAN

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIVIDU / KELOMPOK
a. Pengusaha Kecil

Ciri-ciri ProjekKadar Bantuan
Melibatkan peserta perseorangan @ individu;

 

Keluasan 0.4-1.2 ha (Keutamaan kepada 1.2 ha bagi menyokong pemadanan eksport);

Pemilikan tanah yang sah;

Berdaftar dengan MyGAP;

Tanaman Tunggal.

Benih MD2

 

Minimum : 37,000 sulur / ha

Maksimum : 42,000 sulur / ha

 

b. Pengusaha Komersil

Ciri-ciri projekKadar bantuan
Melibatkan peserta perseorangan atau koperasi atau kelompok atau syarikat;

 

Keluasan maksimum 4 hektar;

Pemilikan tanah yang sah;

Deposit RM 15,000; (jaminan pemulangan benih)dan menandatangani perjanjian;

Berdaftar dan mendapat persijilan MyGAP;

Tanaman Tunggal;

Jaminan bekalan untuk pemadanan eksport.

Benih MD2;

 

Jumlah : 49,240 sulur / ha;

Konsep pemulangan dengan nisbah 1:1 iaitu setiap satu (1) beih yang dibekalkan, satu (1) benih akan dipulangkan kepada LPNM untuk tempoh yang telah ditetapkan.

 

PROGRAM PEMBANGUNAN INTEGRASI PREMIUM
a. Usahawan Individu

Ciri-ciri projekKadar bantuan
Peserta individu;

 

Keluasan 0.8 – 1.2 hektar;(keutamaan kepada 1.2 ha bagi menyokong pemadanan eksport).

Pemilikan tanah yang sah;

Berdaftar dengan MyGAP.

Benih MD2;

 

Jumlah : 25,000 sulur / ha.

 

DEFINISI TERMA-TERMA YANG KHUSUS
Pekebun KecilSebagai pengusaha-pengusaha nanas yang mengusahakan penanaman nanas kurang daripada 100 ekar @ 40 hektarKoperasiSebagai organisasi yang terkawal secara demokrasi yang didaftarkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), yang terdiri dari orang-orang  yang merasa senasib dan sepenanggungan, serta memiliki kepentingan ekonomi dan tujuan yang sama.

Kelompok –Sebagai beberapa orang pengusaha nanas yang mempunyai / mengusahakan tanah berselerakan yang berdekatan / berhampiran, menghimpun diri dalam suatu kelompok tanaman nanas dan mereka/kaum keluarga.Pengusaha-pengusaha yang mempunyai /mengusahakan tanah dalam satu plot/kawasan yang sama seperti tanaman kekal / kaum keluarga mereka terlibat dlm industri nanas

Mini Estate – Sebagai berkeluasan sebagai berkeluasan 40-121 hektar (100-300 ekar) yang dikendalikan oleh anchor company

Projek Pengukuhan Tanaman Nanas

Skop Projek
Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti berikut;

  1. Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas dengan sulur nanas (tanam baru) atau Baja;
  2. Pembiayaan Geran bantuan meliputi input pertanian sahaja sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011).


Ciri-ciri Projek

  1. Bagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar;
  2. Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi;
  3. Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.
  4. Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini; dan
  5. Penentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.


Kriteria dan Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Taraf milik tanah yang sah;
  3. Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok;
  4. Tanaman tunggal;
  5. Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar; dan
  6. Pekebun kecil sahaja

Jenis-jenis dan bentuk geran bantuan

  1. BAJA SEBATIAN (50KG/BEG)
BILINPUTGERAN BANTUAN / EKARanggaran KOS BANTUAN / EKAR (RM)
1.BAJA NPK HIJAU
(15:15:15)
12 BEG2,200.00
2.BAJA NPK BIRU
(12:12:17:2+TE)
6 BEG


ATAU

  1. BAHAN TANAMAN
BILBAHAN TANAMANKUANTITI SULURKOS BANTUAN / EKAR
1.SULUR NANAS15,000 X RM 0.15RM 2,250.00


Kaedah Perlaksanaan:

  1. Untuk Bantuan Bahan Tanaman – hanya diberikan kepada Lot-Lot Tanah yang tidak pernah menerima sulur/benih sebelum ini di bawah mana-mana projek penanaman nanas LPNM seperti: Projek di bawah 15 Ekar, Projek Tanam Baru (RTB), Projek Ladang Kontrak, Projek Khas, Projek Transformasi Pengeluaran Nanas (PTPN), Projek Kluster dan sebagainya.
  2. Untuk Baja Sebatian – pengusaha yang tidak pernah menerima benih/sulur nanas di lot-lot tanah LAYAK untuk memilih sama ada untuk mendapatkan Baja Sebatian ATAU Sulur/Benih

Tatacara Permohonan

  • Permohonan Untuk Geran Penaman / Penanaman Semula Nanas
  • Surat Akuan Berkanun
  • Surat Pelepasan Tanggungan
  • Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun ( Borang IV)

Dengan Menyediakan dokumen–dokumen seperti berikut :-

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)
  • Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.

* Permohon bolehlah menghubungi Cawangan-cawangan LPNM yang berhampiran anda

Projek Integrasi Tanaman Nanas

SKOP BANTUAN

Bantuan ini akan disalurkan dalam bentuk geran input pertanian merangkumi :-

  1. Pemberian sulur benih nanas ; atau
  2. Baja (baja sebatian / baja semburan / baja buah); atau
  3. Penggalak bunga (hormon); atau
  4. Racun pracambah; atau
  5. Plastik sungkupan.
  6. Insentif ini disalurkan dalam bentuk one-off (sekali sahaja)

*Nota : Bagi tahun 2016, berdasarkan kepada keputusan mesyuarat yang dihadiri Pengarah-Pengarah Wilayah/Negeri pada 29 – 31 Disember 2015 di Hotel Uniten memutuskan hanya pemberian Sulur sahaja.

Jenis Dan Kadar Bantuan

JENIS INSENTIF KADAR
BANTUAN /EKAR
i) Bahan Tanaman Sulur nanas10,000 sulur / Ekar
(Keluasan minimum 2.5 ekar dan keluasan maksimum 15 ekar)
RM 0.15/ Sulur
JUMLAH KADAR BANTUAN(RM 1,500.00)
*Lebihan harga sulur akan ditanggung oleh pengusaha

 

SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Taraf milik tanah yang sah.
    1. Melengkapkan borang : –
      • Permohonan Untuk Geran Penanaman / Penanaman Semula (Integrasi)
      • Surat Akuan Berkanun
      • Surat Pelepasan Tanggungan
      • Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun (Borang IV)
    2. Menyediakan dokumen–dokumen yang diperlukan :-
      • Salinan Kad Pengenalan
      • Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah) surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.
  3. Mendapat sokongan atau tiada halangan daripada agensi pelaksana (RISDA. FELCRA, FELDA,LGM,MPOB atau lain– lain).
  4. Permohonan yang mempunyai keluasan minima 2.5 ekar sehingga 15 ekar.
  5. Tanaman secara intergrasi (contoh: kelapa sawit, getah,kelapa dan lain– lain)
  6. Bantuan diberikan secara sekali sahaja (one off) .


CARA MEMOHON

  1. Pemohon perlu mengisi : –
    1. Borang permohonan untuk Projek Pengukuhan Tanaman Nanas.
    2. Surat Akuan Berkanun
    3. Borang IV (Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun)
  2. Pemohon perlu menyediakan salinan :-
    1. Kad Pengenalan
    2. Salinan geran / *Pelan Lakar (untuk tanah yang tidak mempunyai geran seperti TOL )
    3. Resit bayaran cukai tanah terkini
Projek Pembangunan Kapasiti dan Pemindahan Teknologi Nanas kepada Petani (TOT)

Skop Projek
Menyediakan Kursus Pakej Teknologi Tanaman Nanas termasuk hands-on Ladang yang lengkap dan terkini kepada penanam nanas sedia ada atau baru yang berminat mengusahakan tanaman nanas.


Modul Kursus

  1. Kursus Asas Teknologi Tanaman Nanas

Merangkumi tajuk morphologi pokok & persekitaran, pengurusan bahan tanaman (penyediaan, pemilihan pengredan & rawatan benih) & penanaman (peralatan, kaedah & sistem tanaman), pengurusan tanaman (jadual pengurusan tanaman, kawalan rumpai, pembajaan, aruhan pembungaan), pengurusan perosak dan penyakit

  1. Kursus Lanjutan Teknologi Tanaman Nanas

Merangkumi tajuk indeks kematangan, penuaian, pengurusan kebun lepas tuai dan pembaikbiakan benih


Kriteria dan Kelayakan

KURSUSKRITERIAKELAYAKAN
KURSUS ASAS
  1. Penanaman nanas berdaftar
  2. Jangkamasa kursus 3 hari dan 2 malam.
  1. Warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun dank e atas;
  2. Berminat dalam aktiviti penanaman nanas;
  3. Menjalankan aktiviti pertanian sama ada secara sepenuh masa atau sampingan; dan
  4. Sekurang-kurangnya boleh membaca dan menulis
KURSUS LANJUTAN
  1. Penanaman nanas berdaftar
  2. Jangkamasa kursus 3 hari dan 2 malam
  1. Warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun dan keatas; dan
  2. Telah berjaya menamatkan kursus asas anjuran LPNM

 

Projek Ladang Kontrak
Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Taraf milik tanah yang sah.
  3. Berdaftar dengan LPNM
  4. Melengkapkan Borang Permohonan Ladang Kontrak.
  5. Tanaman secara tunggal sahaja.
  6. Kelayakan bantuan benih:-
    1. Pengusaha baru; dan
    2. Tanah / Lot yang belum pernah menerima bantuan tanaman nanas; dan
    3. Mesti menyertai Projek Pengukuhan Tanaman Nanas; dan
    4. Mendapat kelulusan Jawatankuasa Insentif LPNM.

Jenis dan Kadar Bantuan

JENIS INSENTIF
Bantuan benih  atau Racun Pracambah 15,000 sulur nanas/ekar (RM0.15/Sulur)
4 Liter / ekarNota : Lebihan harga sulur akan ditanggung oleh pengusaha
MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practice)

Objektif
Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar , menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini adalah berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities-Good Agricultural Practices (GAP).


Syarat Pensijilan

Ladang-ladang yang telah mematuhi syarat-syarat berikut layak diberi pertimbangan untuk persijilan :

  1. Kebolehan / Traceability – Mempunyai sistem pengesanan produk.
  2. Penyimpanan rekod dan Audit Dalaman – Mempunyai rekod ladang yang lengkap dan terkini dan melaksanakan Audit Dalaman.
  3. Bahan Tanaman – Bahan tanaman dari varieti yang disyorkan dan bebas penyakit dan tidak menggunakan bahan tanaman jenis GMO.
  4. Rekod Sejarah dan Pengurusan Tapak – Mempunyai rekod sejarah dan pengurusan tapak.
  5. Pengurusan Tanah dan Subtrat – Mempraktikkan teknik tanaman di ladang yang mengurangkan hakisan tanah serta menggunakan subtrat organik bagi penanaman yang tidak menggunakan tanah.
  6. Pengurusan Baja – Penggunaan baja berasaskan keperluan tanaman dan baja dari unsur najis manusia dan khinzir tidak dibenarkan. Mempunyai tempat penyimpanan baja yang sesuai.
  7. Pengairan dan Fertigasi – Tidak menggunakan air buangan (sewage) yang tidak dirawat bagi tujuan pengairan dan pengairan dari sumber air yang mapan (suitable).
  8. Perlindungan Tanaman – Menggunakan racun mahluk perosak, yang didaftarkan di bawah Akta Racun Mahluk Perosak 1974, untuk mengawal perosak dan mengamalkan pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB).
  9. Penuaian – Sistem penuaian yang ersesuaian dan menjaga kebersihan hasil.
  10. Rawatan Pasca Tuai – Rawatan yang sesuai digunakan jika perlu.
  11. Analisis Hasil – Analisis residu racun mahluk perosak bagi hasil dijalankan.
  12. Pengurusan Sisa Ladang – Melibatkan diri dalam program kitar semula atau digunakan semula dengan membuat kompos.
  13. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja – Menjaga kebajikan , keselamatan dan kesihatan pekerja.
  14. Isu-isu Alam Sekitar – Mematuhi perundangan mengenai alam sekitar.
  15. Rekod Aduan – Merekod aduan mengenai produk yang tidak menepati keperluan standard.
  16. Keperluan Perundangan – Aktiviti di ladang mematuhi semua perundangan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 21 Jun 2021 pada 02:23:40

05420
Hari ini : 514
Bulan ini : 5420
Jumlah Kunjungan : 5420
Who's Online : 3
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram