Skop Pekhidmatan
Pengangkut/Penjual buah nanas sama ada orang perseorangan/syarikat /koperasi yang mengangkut buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan penjual buah nanas segar sepertimana dinyatakan dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979
Objektif
Mengawal selia perjalanan semua perkara berhubung dengan kegiatan pengangkut/penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas.
Kelayakan Pendaftaran
Terbuka kepada pengangkut/penjual yang terdiri daripada orang perseorangan/syarikat/koperasi yang menjual/mengangkut buah nanas.
Kaedah Permohonan
- Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat seperti alamat tertera di bawah :-
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Bahagian Pelesenan & Inspektorat
Wisma Nanas, Jalan Padi mahsuri,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru.
Johor.
ATAU boleh didapati secara muat turun dari laman web rasmi LPNM di bawah nama tajuk ”Borang VI” dan ”Borang VIII” Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979. - Wang pendaftaran sebanyak RM 20.00 dikenakan setiap kali pendaftaran dibuat samada menggunakan wang tunai atau wang pos atau cek di atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia – No Akaun CIMB : 8601509846
- Pembayaran boleh dilakukan secara terus ke Pejabat Bahagian Pelesenan & Inspektorat melalui pos bersama borang pendaftaran yang lengkap diisi.
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari tarikh pendaftaran dan berakhir pada 31hb. Mac setiap tahun.
Senarai Semak
- Borang VI atau Borang VIII
- Bayaran RM20.00
- Salinan Photostat Sijil Pendaftaran SSm
- Salinan Photostat Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang)